berita

Pemain Badminton Indonesia & Ibu Kemalangan, Tak Sempat Ke Majlis Pengebumian Nenek

March 21st, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pemain badminton Indonesia, Syabda Perkasa Belawa, 21, dan ibunya terkorban dalam satu kemalangan jalan raya di Pemalang, Jawa Tengah, awal pagi semalam (Isnin).

Artikel Berkaitan: Salam & Cium Tangan Lepas Tamat Perlawanan Badminton, Rakyat Malaysia Bangga Dengan Sikap Haikal Nazri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Lee Chong Wei Akui Lelaki Paling Bertuah – ‘Apa Lagi Saya Perlukan Bila Saya Ada Mew Choo ..’

Maut ditempat kejadian

Memetik laporan Astro Awani, kemalangan ngeri terbabit turut mengorbankan ibunya, Anik Sulistyowati, 48, di tempat kejadian manakala, bapanya, Muanis Hadi Sutamti dan dua lagi adik beradiknya, Diana Sakti Anistyawati and Tahta Bathari Cahyaloka hanya mengalami kecederaan.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, mereka sekeluarga sedang  dalam perjalanan bagi menghadiri majlis pengebumian neneknya di Sragen yang dilaporkan meninggal dunia pada malam Ahad lalu.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan media tempatan, kenderaan yang dipandu bapa Allahyarham ketika itu telah merempuh sebuah trak di Plaza Tol Pemalang kerana dipercayai dipandu dengan laju. Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga mengesyaki, keletihan juga menjadi punca kemalangan terbabit berlaku.

Sekadar info, sepanjang kerjayanya, Syabda tersenarai sebagai antara pemain skuad kebangsaan Indonesia untuk kejohanan Piala Thomas 2022 ketika menentang Korea Selatan. Malah, Syabda juga pernah meraih tiga kemenangan dalam kategori pemain badminton perseorangan di Lithuanian International 2022 dan Malaysia International 2022.

Oleh itu, pemergian Syabda disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara oleh Persatuan Badminton Indonesia (PBSI).

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×