Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Begitulah pepatah Melayu yang memberi maksud setiap bantuan diberikan orang haruslah kita kenang dan hargai. Pertolongan walau sekecil-kecilnya wajar diberikan jika mampu untuk memberi kesenangan kepada pihak lain walaupun tiada ganjaran akan dibalas.
Seorang netizen berkongsi kisah pemandu Grab yang baik hati sanggup mencari semula penumpangnya semata-mata mahu memulangkan barangan dapur yang tertinggal dalam bonet keretanya.
Tahniah bersusah-payah hantar minyak masak
Netizen berkenaan yang menggunakan nama Hazrey di laman sosial itu menceritakan kisah inspirasi berkenaan siap mention akaun Grab supaya pengendali khidmat itu menyedari akan kebaikan ditunjukkan pemandu mereka.
You punya mak semalam ada naik saya punya Grab..
Menurutnya, pemandu itu, Raymond mencari semula penumpangnya sehari sebelum itu namun gagal ditemukan kerana tiada nombor rumah dalam data aplikasi berkenaan.
Menurut Raymond, dia merasakan isteri Hazrey adalah penumpang yang dicari-carinya, namun perkara itu dinafikan oleh lelaki itu.
Pusing lorong lain setengah jam, dia datang balik
Habis kerja baru cari rumah penumpang
Minyak tak ada nanti susah
Sumber: Hazrey