berita

Pemandu Grab Pula Kena Samun…

August 17th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan kes samun yang melibatkan rider grab food. Jika sebelum ini, motosikal Y15zr milik rider grab food ini cuba disamun oleh dua individu yang tidak dikenalinya.

Kini menerusi Sinar Harian, satu lagi kes yang sama dihadapi oleh seorang pemuda berusia 25 tahun yang merupakan seorang pemandu grab. Kejadian ini berlaku di Persiaran Saujana Jalan Masai, Johor apabila sekumpulan lelaki yang menaiki kereta Proton Waja (WLT8554) cuba menyamun mangsa yang ketika itu berada di dalam kereta.

Suspek membawa parang…

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/1111178745737848?s=100000923602075&sfns=mo

Kejadian ini sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ianya viral di media sosial. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, kejadian ini berlaku apabila dia disamun oleh sekumpulan lelaki bertopeng semasa mangsa sedang berehat di dalam keretanya.

Mangsa tiba-tiba didatangi sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki bertutup muka dan bersenjatakan parang.

Bimbang dengan keselamatan dirinya, mangsa kemudiannya hanya mengikut arahan suspek yang mahukan barangan berharga.

20 tahun penjara…

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan samun berkawan menggunakan senjata.

Kesalahan ini boleh memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika sabit kesalahan

Video berdurasi 03.41 saat ini  mendapat 3000 perkongsian dan hampir 2000 komen daripada netizen sejak ianya diviralkan. Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dan berharap agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

Sumber: Sinar Harian, Info Roadblock JPJ/POLIS

SKIP THIS AD ×