berita

Pemandu Kancil Rentung Kereta Terbakar Sepenuhnya

October 11th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Foto: Berita Harian

Seorang lelaki dilaporkan maut akibat rentung selepas kereta dinaikinya terbakar dalam kejadian berhampiran sebuah masjid di Jalan BK 5/1 Bandar Kinrara, semalam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kecewa ‘EX Girlfriend’ Ada Kekasih Baru, Lelaki Sengaja Bakar Diri Dalam Kereta Hingga Melecur 96% 

Artikel Berkaitan: Viral Video Gelandangan Bakar Kereta Wanita Selepas Cinta Ditolak Sejak Setahun Lalu  

Kereta terbakar

Sekadar gambar hiasan

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis,  pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 10.35 malam.

Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, kami mendapati terdapat sebuah kereta Perodua Kancil terbakar sepenuhnya di lokasi berkenaan.

Tambah Norazam, lelaki tersebut ditemui rentung di bahagian pemandu.

Anggota bomba bertugas melakukan kerja-kerja pemadaman api menggunakan dua aliran iaitu hos reel serta hos pam dan mengambil masa beberapa minit bagi memadamkan kebakaran terbabit.

Sumber: Berita Harian 

SKIP THIS AD ×