Kes salah laku seks membabitkan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Perkara ini ternyata membimbangkan kerana tidak seperti orang dewasa, kanak-kanak tergolong dalam golongan tidak mampu melawan selain mudah dimanipulasi.
Penyebaran screenshot satu kumpulan Facebook yang menunjukkan satu pos seolah-olah berbaur seksual menerima kecaman hebat netizen kerana membabitkan kanak-kanak dalam pos berkenaan.
Sedih muka anak bawah umur dikongsi terbuka
Perkara itu mengundang perhatian aktivis masyarakat, Syed Azmi untuk mengulas lanjut isu yang hangat diperkatakan netizen. Rata-rata meluahkan rasa bimbang dengan penularan isu itu dalam masyarakat.
Hari ni phone saya penuh message mengenai screenshot Facebook “Group Anak Ikan”.
Post-post banyak #PDRM Pahang and waktu saya di Kuantan, ada jugak saya tanya sama ada laporan di buat? So far tiada.Saya faham rata-rata amat marah dengan gara-gara berani kongsi gambar dengan minor, ada caption macam kekasih atau utarakan rasa cinta dan ada penggunaan slang yang macam berbaur seksual. Itu masalah yang buat orang marah, mak bapak tak senang duduk dan takut and semua dah mula serang dan share secara terbuka rasa jijiknya pada kumpulan ini dan ahli-ahlinya.
Firstly: SAYA AMAT SEDIH DENGAN MUKA ANAK-ANAK BAWAH UMUR YANG DIKONGSI DENGAN TERBUKA. Semua mereka jadi tohmahan awam.
Yang satu belah mintak tersebar supaya boleh “selamatkan” budak tersebut dari jerat pedofilia.
Yang satu belah boleh jadi pedofilia luar yang carik budak tu dan jadikan dia mangsa kembali.
Yang satu belah boleh jadi keluarga mangsa yang now akan malu, pukul dia, halau dia dari rumah, buang keluarga. Mana dia nak pergi lagi?
Kita dah buat anak-anak ini lebih terancam
Yang satu belah ialah kawan dan sekolah yang mana jangan harap dia nak pergi sana lagi.
YANG PENTING : KITA DAH BUAT ANAK-ANAK INI LEBIH TERANCAM. Kalau kita nampak dia dengan anak kita pasti kita tak nak anak kita bergaul dengan mereka. Finally dia akan tersisih dan keseorangan dan hanya pemangsa menunggu untuk dia serah diri sebab tiada yang terima dia.
TERIMA KASIH SEMUA.Abang angkat, anak ikan dan apa nama lain dari dulu ada sebagai buddy system atau mentor. Sampai setakat sekilah dan beza umur pun 2-3 tahun. Lepas tu takde lah.
Untuk kes sebegini, yes kena faham akta bahawa perlakuan seks dan seks luar tabie bersama usia kanak-kanak bawah 17 adalah salah dari segi undang-undang. Bukan sebab budak tak faham kenapa atau apa itu seks tapi sebab keadaan anak-anak biasanya di manipulasi atau di groom.
Tiada anak nak buat salah
Tiada anak-anak yang pilih jalan nak buat sesuatu yang akan jadi salah.
Macam contoh ini, dia ambil gambar dengan abang yang dia anggap sayang. Itu je yang dia tahu. Si abang pula guna/ manipulasi adiknya untuk pancing yang lain. Like a paedophile, its like a trophy picture. Si anak kecil kenapa fikir si abang tu penyayang? ITU PERSOALAN UTAMA. Keluarga dia macam mana, persekitaran di rumah macam mana, makan minum belajar dia macam mana, kenapa dan dimana dia jumpa, umpan apa mamat abang angkat tu pakai? ( duit ke, tempat tinggal ke, top up handphone ke, agama dan ketenangan jiwa ke) we dont know. The child hilang tempat selamat dan carik tempat lain.Yang ternyata dia telah disalahgunakan. Kalau nak selamatkan dia, panggil dan beri kasih sayang, bimbing dan berbual apa dia tempat selamatbaginya, apa kasih sayang yang kosong dalam hidup dia.
Panjang bab ni. Sorry.Untuk the guy, if dia buat salah laku, report polis. Sedia bukti.
Tapi if dia lepaskan rasa dan tulisan cinta abang adik, nak report polis pasal apa?
Kalau pasal dia main dengan budak, investigate carik budak tu diam-diam. Facebook boleh carik. Semua data ada. Siap boleh menyamarlah.Kalau geli, jangan tengok, jangan share, sebab ia tak membantu budak ni atau budak-budak lain yang sewaktu dengannya, mereka cuma nampak kita benci benar dengan merekadan cuma akan larikan diri dari kita dan masuk kandang lelaki jahat.
Jangan nak kondem tanpa solution
Kalau jumpa page macam ni, either u investigate, lapor pada Facebook, MCMC atau selalu beri nasihat non stop pasal membuat pilihan yang lebih bijak, terangkan dari segi undang-undang, kalau segi agama jangan direct sangat nanti tak baca pun bab Nabi Luth, neraka bagai. Anak-anak ini perlu di selamatkan secare mendidik dengan kasih sayang tanpa give up, tanpa judgment. Dia akan buat pilihan bijak. Si abang angkat yang dia mahu hanya kepuasan nafsu serakah. Itu bukan ke susah kita nak buktikan. Ingat how they groom kids?So harapan saya, buat report kalau betul betul berlaku penganiayaan. Jangan kita click button dan menganiayai orang tanpa usul periksa.
Please. Saya tak pernah halang diskusi mana-mana pihak tetapi memalukan dan mengaibkan orang bukan cara saya.
Jangan nak sensasi lebih.
Jangan nak kondem tanpa solution.
Apa motif kita, pastikan itu dulu.Bagi saya, i leave this sebab dah viral and most site dah tutup. Nak carik bukti pun saya tak tau mana nak start.
Kalau betul ada anak ikan, saya cuma pastikan dia selamat, tahu tanggungjawab dan fahamkan bahawa dia tahu semua pilihan dia.
Sumber: Syed Azmi