berita

Pembatalan Konsert Sami Yusuf Sebab Pencanggahan Kontrak

July 19th, 2012 | by M
Isu & Kontroversi

Berikutan laporan kurang tepat di media tempatan baru-baru ini, syarikat pengurusan Sami Yusuf, ETM International (ETM), ingin menyatakan kepada para peminat Sami Yusuf di Malaysia sebab sebenar tentang pembatalan konsert di Stadium Malawati pada minggu lalu.

Sebelum meninggalkan Malaysia, pihak ETM terlebih dahulu mengarahkan pihak peguam mereka untuk memberikan notis kepada OEP; pihak penganjur yang bertapak di Singapura, berkaitan beberapa perkara yang telah melanggar kontrak persembahan Sami di Malaysia.

Pihak OEP telah gagal untuk bertindak balas kepada pihak peguam. Apabila Sami tiba di Kuala Lumpur, secara jelas pihak OEP tidak menangani isu tersebut. OEP telah secara jelas tidak menghormati tanggungjawab mereka.

Rasa hormat yang tidak ditunjukkan kepada krew Sami, mungkin boleh ditahan tetapi tidak kepada kegagalan OEP untuk mempromosi konsert secukup-cukupnya, dan menyediakan kempen secara komprehensif di media seperti yang dituntut di dalam kontrak.

Kurangnya kesedaran awam tentang konsert ini telah mendorong kami untuk (1) menawarkan konsert ini dienjak ke suatu tarikh yang lain supaya sebuah pasukan promosi yang baru berpeluang untuk mempromosikan semula konsert di Stadium Malawati, dengan sepenuh sokongan kepada Sami Yusuf, dan (2) menawarkan untuk mengaturkan pakej pampasan kepada peminat yang telah membeli tiket persembahan. OEP telah menolak kesemua pilihan-pilihan tersebut.

Jadi, walaupun Sami Yusuf tidak sabar-sabar meneruskan persembahan dan sangat teruja membuat persembahan untuk peminatnya di Malaysia, percanggahan dan masalah dengan OEP menyebabkan ETM tidak mempunyai sebarang pilihan lain, tetapi membatalkan persembahan.

Liza Palana dari ETM berkata “Sedihnya ia telah membuktikan bahawa adalah mustahil untuk diteruskan disebabkan isu kontrak yang bercanggah.”

Sami Yusuf berkata: “Saya sangat sedih kerana tidak dapat membuat persembahan kepada saudara saudari di Malaysia. Saya telah menunggu peluang untuk bersama dengan mereka selama hampir 8 tahun. Walaubagaimanapun, saya tidak mahu kehadiran melalui persembahan saya dengan cara yang tidak professional – saya telahpun berusaha keras untuk menjadualkan semula persembahan di Malaysia pada masa akan datang. Saya mahu peminat saya dapat menikmati dan merasai pengalaman konsert Sami Yusuf dengan cara yang sepatutnya. Saya berusaha untuk menjadikan ia kenyataan dalam masa terdekat.

Sami akan kembali ke Kuala Lumpur tidak lama lagi untuk mempromosikan album terbarunya SALAAM yang bakal dikeluarkan melalui Arteffects International (Arteffects).

Kenyataan media asal : https://www.facebook.com/note.php?note_id=497459260279830

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×