berita

Pembinaan ‘Quranic Village’ Bernilai RM150 Juta Ketika Pandemik Dibantah Netizen

October 30th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Twitter Tan Sri Annuar Musa

Menerusi satu ciapan di Twitter, Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa berkongsi khabar terkini mengenai cadangan pembinaan Quranic Village yang dikatakan sudah diluluskan kerajaan.

Projek di dunia Islam

Foto: Twitter Tan Sri Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa dalam satu ciapan di Twitter berkata, rekabentuk Quranic Village yang bernilai RM150 juta itu telah hampir siap dan peruntukan awal sudah di luluskan oleh kerajaan dengan tapak seluas 20 ekar. Pembinaan Quranic Village akan bermula pada tahun 2021.

Pembinaan Quranic Village merupakan mercu tanda yang dipelopori Malaysia sebagai negara islam yang maju dan makmur. Antara kemudahan Quranic Village adalah Masjid yang mempunyai ruang solat memuatkan seramai 5,000 orang, Pusat Sains Quran dan Sirah (Pavilion Kuwait), Pusat Tijarah (Pavilion Turkey), Pusat Seni Mushaf dan banyak lagi.

Netizen minta kerajaan fokus dalam membantu rakyat

Bagaimanapun, kebanyakan respon netizen yang menyatakan bahawa mereka mahukan kerajaan untuk memberi tumpuan kepada situasi pandemik Covid-19 dan menyalurkan bantuan  yang lebih banyak dari segi keperluan untuk kegunaan petugas kesihatan serta bantuan kewangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia  dalam memerangi gejala Covid-19.

Tambahan pula, netizen mahu kerajaan membantu rakyat yang sedang menghadapi kesusahan akibat Covid-19 terutamanya rakyat yang berada di Sabah yang keadaannya kian membimbangkan dan bukannya menggunakan wang tersebut untuk membina satu lagi mercu tanda.

Syed Saddiq turut membantah

Foto: Twitter YB Syed Saddiq

YB Tuan Syed Saddiq juga turut membantah dalam satu ciapan di Twitter beliau. Beliau sarankan kerajaan harus fokus untuk tambah peruntukan hospital dan beri lebih perhatian kepada isu pekerjaan rakyat serta baik pulih sekolah luar bandar.

Ini waktu pandemik. Apa guna jika ada bangunan besar tapi rakyat sakit dan lapar?

Sumber: Malaysia Gazette & Twitter

 

SKIP THIS AD ×