Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jalan-jalan utama di Malaysia tidak lagi mengalami kesesakan. Oleh sebab jalan lengang, seorang penunggang motosikal dengan beraninya menunggang motosikal secara laju di jambatan Pulau Pinang. Video aksi tunggangannya menjadi viral berikutan mampu mencatat masa lebih kurang 2 minit untuk menyeberangi jambatan Pulau Pinang.
Namun siapa sangka, berikutan video viral tersebut, penunggang berkenaan kini telah ditahan pihak polis atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya.
Catat masa 2 minit lintas jambatan
https://www.facebook.com/penangkini/videos/805275066648315/?__xts__[0]=68.ARBr1FOsJhuCRmFGqNW7Vkfr7nSaSuqJqScxN4_CGvDNcPQ7o2CUTWd69j0m6AOlwIxUnuyyStq8-me-wfByLitvq6fGAEPNuANiW5WSDsDAGaMQrIaRW2ioKpciKW0k1YKbJjYxQtoIOWa8lgcgmW9qDps9bm8IXhf8nXvFPXu0cmc_rbhkq7oLfNV7YczM82kUZhlxp3kOxs9XenqXyeGxm7bCyQ7TMXGFAKaWuQNsAl8HdqJ6yYqtQKBthME6dVfAl-fVX5DHLNMt5lmdQhBV3-3_trsNFQryituii86JXDutQuN5JtRSA2eM6YRuIkI4mKC5zxHVq9FpLhgqIbEJ-VMabjxnTq9fxeOe&__xts__[1]=68.ARCIxDK_4G6m__FB4LHoUXjNKkyCgzOzelHOAzbx4_CiT38T4Ki3xu-jWhnsHSRKp3UaB3k4IuEv12EEtiRm2ljAjyZvTuOpwExTjKhn-AAazgP68tzvzLzqGjs0uhliFFNHCifA_VltG5ktR_PVZoQpQhyEKxfronphNosWGGHCd5IubaMeJfzxg2JkR-8golRLrghPtE_D-doJDHYEMr7d8KOtM8unud0gYjOjfwdIzmBn51df6d__6WpkzQE4fTkSpKeuUkc9HxYYSua716Vy0GsHG01d1plkvNhfS-1TfO6Tjm7bJDOrYlth5jjAfAMmrNoE3O7sxqRVaO1dJNwEVcYBKANzbVJKS4v6&__tn__=-R
Menerusi video tersebut, motosikal itu dipercayai dipandu secara membahaya dengan mencelah dan memotong di kiri kanan kenderaan lain. Walaupun jalan tidak sesak, namun jika berlaku sedikit kesilapan, nyawa mungkin bakal terkorban.
Boleh dipenjara 5 tahun
Tindakan maklumat daripada orang awam tangkapan ke atas 1/L/Cina yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut DSP Ridzuan bin Ishak bersama Insp Abdul Sah bin Ibbah.
Rakaman video tersebut menunjukkan motorsikal ditunggang dalam keadaan melulu dan membahayakan dengan memotong dan mencelah di kiri dan kanan kenderaan lain dengan laju di atas Jambatan Pulau Pinang.
Menurut Facebook IPD Timur Laut, Pulau Pinang, pihak polis telah berjaya memberkas suspek yang viral menerusi video tersebut. Jika suspek disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit.
Sumber: IPD Timur Laut Pulau Pinang