berita

Anda Akan Rasa Rugi Jika Tak Beli Lukisan-Lukisan Yang Dilelong Ini

June 10th, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

Nando's Art Initiative 2014 exhibition_2

Minggu lalu Nando’s telah mengumumkan para pemenang pertandingan Inisiatif Seni 2014 yang telah menyerlahkan juara baru menerusi kategori masing-masing.

Kategori Seni Halus telah dimenangi oleh pelajar UiTM Seri Iskandar, Nik Mohd Shazmie bin Nik Shairozi yang menampilkan karya ‘Inside View of Nik’s House’.

Bagi kategori Seni Digital pula, Chong Shi Qi yang juga pelajar Kolej Alfa International memenangi hadiah utama menerusi karya berjudul ‘The Birth of Persephone.’

One of the graffiti finalists in action

Sementara itu, pemenang kategori Graffiti/Seni Jalanan pula ditentukan selepas kesemua peserta memperlihatkan nukilan terbaik mereka di acara akhir secara langsung.

Selain dihadiahkan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada setiap pemenang utama, karya mereka juga akan diberi pendedahan kepada umum melalui pameran galeri secara terbuka.

Nando's Art Initiative 2014 exhibition

Pameran lukisan-lukisan mereka akan digantung di Publika untuk tontonan orang ramai bermula pada 4 hingga 15 Jun 2014.

Lebih menarik lagi, karya seni tersebut juga akan dilelong dan hasil jualan akan diserahkan kepada pelukis sebanyak 50%, manakala 50% lagi disalurkan kepada kolej atau universiti pemenang berkenaan.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Inisiatif Seni Nando’s 2014:

Kategori Seni Halus
Hadiah Utama – Nik Mohd Shazmie bin Nik Shairozi
RM5,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500, pameran solo bertajaan bimbingan mentor

Pemenang Kedua- Nik moh Shahfiz bin Nik Shairozi & Mohamad Nor Hakim bin Md Muslim
RM3,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500 dan bimbingan mentor\

Hadiah Sagu Hati (3x) – Muhammad Syukri bin Mohd Shairi, Kong Wei Cheng & Eng Zi Jing
RM1,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500

Kategori Seni Digital
Hadiah Utama – Chong Shi Qi
RM5,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500, pameran solo bertajaan dan bimbingan mentor

Pemenang Kedua – Ilyani binti Mahamud
RM3,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500 dan bimbingan mentor

Pemenang Ketiga – Muhamad Syahrin bin Mohd Nazri & Syed Muhammad Iftah bin Syed Abdillah
RM2,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500 dan bimbingan mentor

Hadiah Sagu Hati (2x) – Mohamed Izzat bin Mohamed Khalil & Ahmad Hani bin Noh
RM1,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500

Kategori Graffiti / Seni Jalanan
Hadiah Utama – Loo Lok Chern & Edmund Yew
RM5,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500

Hadiah Sagu Hati (3x) – Mohd Zulfadli bin Ahmad Nawawi, Muhammad Fahrul Idham Bin Ab Malek & Looi Mun Loong
RM2,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500

SKIP THIS AD ×