Sebuah akaun Instagram @streetwearbustamy mendakwa beberapa orang selebriti tempatan menggayakan barangan tiruan berdasarkan pemerhatian yang dibuatkan di foto akaun Instagram mereka.
Antara artis yang didakwa berbuat demikian ialah Ismail Izzani, Ara Johari, Aiman Tino, Janna Nick, Haqiem Rusli, Fathia Latiff dan Emma Maembong. Antara barangan yang digayakan seleberiti tempatan ialah daripada jenama Gucci, Supreme, Balanciaga, Adidas dan Louis Vuitton.
Jenama tiruan yang digayakan
https://www.instagram.com/p/BltwW97HX1E/?taken-by=streetwearbustamy
https://www.instagram.com/p/BlsmRznHbDU/?taken-by=streetwearbustamy
https://www.instagram.com/p/Bloz667HgKd/?taken-by=streetwearbustamy
https://www.instagram.com/p/BlmZjQOHfho/?taken-by=streetwearbustamy
https://www.instagram.com/p/BlkTMfunsp_/?taken-by=streetwearbustamy
https://www.instagram.com/p/BlkN_1VHDHQ/?taken-by=streetwearbustamy
Jenama original dikesan
https://www.instagram.com/p/BlkUOsgnYh_/?taken-by=streetwearbustamy
https://www.instagram.com/p/BlkTf3CH93h/?taken-by=streetwearbustamy
https://www.instagram.com/p/Blkqj-VHawJ/?taken-by=streetwearbustamy
https://www.instagram.com/p/BlnzoovHzpr/?taken-by=streetwearbustamy
Walaubagaimanapun, ada juga segelintir selebriti kita yang mengayakan barangan berjenama tulen termasuk Awal Ashaari, Sharifah Sakinah, Nabila Razali dan Asad Motawh. Menurut akaun tersebut, selebriti yang menyokong barangan tiruan itu boleh dianggap sebagai menyokong jenayah hak cipta.
Sebagai selebriti perkara ini tidak seharusnya berlaku. Sila didik diri sendiri tentang menyalahgunakan harta intelektual. Menyokong produk palsu adalah tidak beretika dan menyalahgunakan harta intelek. Sila didik diri sendiri, kita tidak mengutuk, tetapi masalah ini menjadi trend dalam masyarakat kita. Review berbayar tidak salah tapi sebagai selebriti yang tunjukkan sokongan kepada jualan barangan tiruan dan penyalahgunaan hak cipta itu salah.
Sumber: streetwearbustamy