Seorang pemilik restoran nasi kandar di Napoh, daerah Kubang Pasu, Kedah telah dipercayai menjadi pencetus kepada kluster PUI Sivagangga sehingga menyebabkan ramai pelanggan dan penduduk sekitar dijangkiti Covid-19. Susulan insiden tersebut, angka pesakit dijangkiti positif Covid-19 semakin meningkat di Kedah.
Artikel berkaitan: Pemilik Kedai Nasi Kandar Pencetus PUI Sivagangga Dipenjara 5 Bulan, Denda RM12K
Dia bagaimanapun telah dijatuhkan penjara selama lima bulan dan denda sebanyak RM12,000 oleh Mahkamah Majistret.
Memfailkan saman berjumlah RM1 juta
Terbaru, memetik laporan Harian Metro, difahamkan seramai lebih 100 penduduk yang berisiko jangkitan Covid-19 itu mengambil keputusan untuk memfailkan saman berjumlah RM1 juta terhadap pemilik restoran tersebut bagi menuntut kerugian yang dialami mereka.
Mohamad Yusrizal Yusoff yang merupakan salah seorang dari Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) mewakili penduduk sekitar ingin menuntut saman atas nasihat peguam bagi memberi pengajaran kepada mana-mana individu yang tidak mematuhi arahan kuarantin sehingga menyebabkan virus Covid-19 merebak.
Semalam, kami berjaya mengumpul 100 penduduk dan peniaga termasuk enam badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu memfailkan saman kepada pemilik restoran Nasi Kandar Salleh.
Dijangka hari ini akan ada lagi penduduk yang mahu berbuat demikian menerusi nasihat guaman Zunun and Co yang menawarkan perkhidmatan secara percuma.
Dalam proses kumpul maklumat
Namun, dijangka 50 penduduk yang akan berbuat demikian selepas mendapat nasihat guaman daripada Zunun and Co. Difahamkan penduduk dan peniaga di kawasan tersebut mengalami kerugian kira-kira RM14,000 seorang.
Kami kini dalam proses mengumpul maklumat peribadi penduduk. Tindakan ini perlu diambil kerana penduduk mengalami tekanan bukan saja kerugian tetapi ada yang terasa dipulaukan malah orang luar tidak berani nak berkawan malah tidak boleh keluar bekerja.
Ramai yang sudah kehabisan wang simpanan, baru saja hendak mula bekerja susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekarang pendapatan terjejas lagi.
Merebak hingga Perlis dan Pulau Pinang
Penularan virus itu mula merebak ke daerah Padang Terap, Kulim seterusnya ke Perlis dan Pulau Pinang. Kini, seluruh penduduk Kedah sedang berdepan dengan risiko Covid-19 iaitu kluster Sivagangga.
Justeru saya menyambut baiklangkah kerajaan yang mendenda pemilik restoran itu RM12,000 dan dihukum penjara lima bulan, semalam. Sebab itu kita bersama penduduk dan NGO akan teruskan saman terhadap pemilik restoran itu, banyak kerugian penduduk terpaksa tanggung termasuk kesan terhadap psikologi mereka.
Sumber: Harian Metro