Pada 13 Julai lalu, Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), digantung sementara operasi oleh DBKL pada 10 Julai lalu selepas didapati tidak mempunyai lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Beragama Islam, Tak Sokong Penghina!’ – Afdlin Shauki
Artikel Berkaitan: Sharifah Amani Minta Berlaku Adil, Bantah Penutupan Operasi Kelab Komedi Crackhouse
Kena senaraihitam
Memetik laporan Harian Metro, pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan di mana-mana premis di ibu negara ini.
Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, Jawatankuasa Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membatalkan lesen perniagaan kelab komedi berkenaan berkuat kuasa 30 Julai lalu.
Malah, kita juga mengambil keputusan menyenaraihitamkan pemilik kelab ini untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya.
Ini bermakna pemilik kelab itu tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur walaupun menggunakan nama dan syarikat berlainan.
Dalam pada itu, Jalaluddin menyatakan, pihaknya juga sedang memantau beberapa kelab yang disyaki terbabit dengan aktiviti seumpama itu di sekitar ibu negara.
Terdahulu, viral sebuah video yang memaparkan seorang wanita tampil lengkap berbaju kurung dan tudung dan kemudiannya bertindak menanggalkan sehinggakan terdedah aurat di khalayak umum.
Wanita berasal dari Kuala Kangsar itu, Perak itu memberitahu dia berketurunan Melayu, beragama Islam dan sudah menghafal 15 juzuk al-Quran.
Sumber: Harian Metro