berita

Peserta Rasa Tertipu Fizo & Mawar Tukar Syarat ‘Berposing Ala Mawar Fizo’

November 27th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-11-27 at 11.14.38 AM

Kadang-kadang kasihan kami dengan pasangan Fizo Omar dan Mawar ni. Iyalah, apa saja yang dilakukan pasti dapat kritikan masyarakat. Ada saja yang tak kena.

Artikel Berkaitan :

Kalau korang nak tahu, sekitar dua bulan lalu, pasangan ini ada menganjurkan sebuah peraduan ‘Berposing Ala Mawar Fizo’ tau!

Tetapi, kami dengar ada yang bengang apabila Fizo menukar syarat-syarat peraduan.

Screen Shot 2014-11-27 at 11.14.54 AM

Difahamkan, Fizo turut menambah syarat-syarat yang ditetapkan bagi memenangi pertandingan itu. Fuh! Kalau tukar syarat disaat akhir, memanglah orang bengang.

Lagi menambahkan kemarahan apabila admin Facebook Mawar Fareeda FanPage menjawab dan membuat penjelasan yang dianggap tak munasabah.

fizomawar

Menurut laporan mStar Online, Fizo menjelaskan pihaknya terpaksa berbuat demikian kerana ada peserta yang menggunakan taktik kotor dengan menetapkan akaun Facebook mereka secara auto like.

Pada asalnya kami memang buat peraduan ini secara santai sahaja dan tidak menjangkakan akan menerima beribu-ribu penyertaan sehingga membuatkan kami terpaksa menambah syarat tertentu supaya pemenang yang dipilih adalah benar-benar layak.

Kami dapat tahu ada yang menggunakan cara kotor dan tidak sihat apabila mereka menetapkan akaun Facebook mereka secara auto like membuatkan gambar tersebut mendapat like secara automatik. Ia tidak adil kepada peserta lain yang menyertainya.

Apapun, kami harap semua pihak dapat bersabar ya!

SKIP THIS AD ×