berita

Netizen Dedah Foto Isteri Awie Ditumbuk. Betul Ke Ni?

June 27th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

PC-Konsert-WINGS-13-630x420

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang mengenai dakwaan seorang pelakon bertindak memukul isterinya di sebuah bank di Ampang sehingga menimbulkan kekecohan.

Kemudian ada pula sumber yang mendakwa selebriti tersebut adalah vokalis kumpulan Wings iaitu Awie. Namun, beberapa minggu lepas, Awie ada menafikan kejadian tersebut dan meminta pihak yang menuduhnya itu mengemukakan bukti.

Baru-baru ini, ada pihak yang mula menyebarkan foto seorang wanita cedera dimuka akibat dipukul dan dipercayai wanita tersebut adalah isteri Awie. Eh, biar betul?

Individu

Kredit Foto: Google Image

Menurut sumber-sumber terapat, foto tersebut mula tersebar melalui aplikasi WhatsApps, tetapi kini ia sudah pun mula tersebar di Internet dan telah meraih perhatian ramai.

Kalau korang tengok betul-betul foto tersebut, jelas ia menunjukkan wanita tersebut teruk dipukul, malah ada pihak mendakwa individu tersebuat ialah Rozana Misbun.

Kami lihat, memang ada iras wajah wanita tersebut dengan isteri Awie, tetapi ianya masih tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Apapun, jangan main tuduh-tuduh semua. Wat lek wat peace je dulu, tunggu penjelasan tuan punya badan ya.

SKIP THIS AD ×