Screen Shot 2014-08-04 at 11.13.27 AM

Seperti yang diketahui umum, isteri kepada Awal Ashaari, Scha Alyahya telah pun selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 22 Julai yang lalu.

Khabarnya, bayi seberat 3.17 kilogram pada jam 5.50 petang itu dilahirkan cukup sifat dan ibunya juga dalam keadaan sihat walafiat.

Artikel Berkaitan: Tahniah : Scha & Awal Syukur Cahaya Mata Sulung Selamat Dilahirkan. It’s A Girl!

Namun, menerusi laman Instagram, pasangan ini dilihat enggan memperlihatkan wajah sebenar bayi tersebut sehingga membuatkan peminat mereka mendesak agar wajah bayi mereka didedahkan.

awal

Ish..ish..ish.. tak baik tau berprasangka buruk. Sebenarnya, Awal dan Scha hanya akan mendedahkan wajah bayi mereka selepas tamat tempoh berpantang isterinya. Jadi, harap para peminat bersabar ya!

Screen Shot 2014-08-04 at 11.04.24 AM

Foto terbaru yang dimuat naik oleh Awal Ashaari

Lebih menarik lagi, Awal juga dilihat teruja membeli bahan-bahan herba untuk kegunaan Scha semasa berpantang. Wah. Bertuah la Scha sebab memiliki suami yang sangat ‘caring’ macam Awal kan.

Apakata kita lihat dulu beberapa keping foto ‘teaser‘ bayi Awal dan Scha!

Kredit foto: Instagram Awal Ashaari