berita

Peminat Hasilkan MV Terbaru G-Dragon, Who You

November 14th, 2013 | by Ai
Hollywood

G-Dragon

Buat julung kalinya, OHBULAN! rasa ini merupakan MV terbaik yang pernah OHBULAN! lihat. Kalau sebut sahaja namanya, pasti satu dunia kenal dengan penyanyi popular ini. Dikenali semasa menganggotai kumpulan Big Bang, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong kini telah melancarkan MV terbarunya berjudul Who You.

Untuk pengetahuan, Who You merupakan sebahagian lagu yang akan dimuatnaik dalam album ke-2, COUP D’ETAT. Who You mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki yang menginginkan kembali bekas teman wanitanya setelah wanita itu pergi kepada lelaki lain. Berikut merupakan beberapa potongan ayat daripada lirik lagu Who You:

Baby I just want you back, I want you back I want you back, baby I know it’s too late, it’s just too late, it’s just too late..

Berbicara mengenai konsep, jika dahulu kita dapat lihat Maroon 5 dalam muzik video Never Gonna Leave This Bed mengelilingi tengah bandar dalam bekas kaca, kini G-Dragon pula tampil membuat persembahan dalam bekas kaca yang berkonsepkan rumah sambil diperhatikan seramai seribu peminat jemputannya.

Apa yang lebih menarik, MV G-Dragon ini dirakam sendiri oleh para peminatnya dan video tersebut digabungkan menjadi satu MV rasmi untuk lagu Who You. Meskipun lagu ini mengisahkan tentang cinta, namun susun aturnya dilihat lebih rancak dan funky.

G-Dragon

G-Dragon tampil santai dendangkan lagu Who You

Untuk rujukan, MV ini telah dilancarkan pada 13 November lepas dan jam 8 malam dipilih G-Dragon kerana nombor 8 merupakan tarikh lahir penyanyi popular tersebut, 18 Ogos 1988.

Walaupun MV ini dimuatnaik semalam, namun jumlah tontonannya telah mencecah hampir 500 ribu penonton. Apa-apa pun, jom layan MV Who You yang awesome ini!

SKIP THIS AD ×