Berita baik buat BTS Army! Kumpulan K-Pop kesayangan anda ini dijangka akan datang ke Malaysia pada tahun 2020. Pasti teruja kan? Berita ini diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang giat berusaha membawa masuk BTS ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Akan buat persembahan
Menerusi Sinar Harian, inisiatif yang dilakukan oleh Syed Saddiq dengan kerjasama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes untuk membawa masuk kumpulan K-Pop tersebut adalah untuk merealisasikan impian BTS Army di Malaysia. BTS juga dijangka akan membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Saya telah berjumpa dengan promoter yang berkaitan dengan BTS dan kita sudah di peringkat perbincangan. Usaha kami adalah untuk memastikan BTS datang pada tahun 2020, Tahun Melawat Malaysia
Satu usaha pelaburan
Ahli Parlimen Muar itu juga menjelaskan bahawa usaha yang dilakukan ini juga bertujuan sebagai satu pelaburan yang mampu menguntungkan negara.
Industri hiburan Malaysia telah mencatatkan keuntungan kira-kira AS$D4 bilion selain menarik lebih 250,000 pengunjung ketika penganjuran MotoGP, baru-baru ini.
Contoh lain adalah konsert hiburan terbesar Ed Sheeran di mana berjaya menarik 45,000 pengunjung dan dalam tempoh tiga hari tiket habis dijual. Kejayaan ini telah menarik minat penganjur-penganjur lain.
Beliau juga komited untuk menjadikan Perbadanan Stadium Malaysia sebagai hab industri biburan yang bakal memberi keuntungan kepada negara.
Sumber: Sinar Harian