berita

Peminat Kecam Kulit Album Kumpulan KPOP Kingdom Didakwa Menyerupai Al-Quran

September 25th, 2023 | by Alia
Kini Trending

kingdom al-quran

Kumpulan K-POP, Kingdom mendapat kecaman daripada peminat dan warganet berikutan kulit album terbaharu mereka, History of Kingdom: Part VIII yang didakwa menyerupai Al-Quran.

Artikel Berkaitan: RM BTS Jawab Isu Hina Agama Islam – ‘Itu Hanya Lagu, Saya Enggan Mohon Maaf’

Artikel Berkaitan: Makan Daging Babi Sambil Baca Bismillah, TikToker Disiasat Polis Kerana Persenda Islam

Agensi perlu bertanggungjawab

kingdom al-quran

Kingdom sebelum ini mengetengahkan konsep diraja bagi setiap album yang dikeluarkan. Album mereka yang terdahulu mempunyai pengaruh Jepun dengan menggunakan nama maharaja negara itu.

Bagaimanapun, reka bentuk kulit album terbaharu kumpulan itu didakwa kelihatan hampir serupa dengan Al-Quran dan satu-satunya perbezaan adalah logo kumpulan tersebut yang menggantikan tulisan Arab di bahagian hadapan.

Difahamkan terdapat segelintir peminat telah memberi respon terhadap GF Entertainment iaitu agensi hiburan bagi kumpulan tersebut berhubung sensitiviti agama Islam.

Menurut peminat, agensi itu perlu bertanggungjawab terhadap reka bentuk album tersebut dan berharap agar kulit album mereka ditukar.

Tidak menunggu lama, GF Entertaiment mengeluarkan penyataan rasmi dengan mengumumkan bahawa prapesanan bagi album tersebut ditangguhkan kerana masalah dalaman.

Namun, agensi tersebut masih belum mengumumkan tarikh baharu prapesanan atau sebarang perubahan yang dilakukan pada kulit album.

Sumber: Hype, Koreaboo

SKIP THIS AD ×