Jika sebelum ini pelakon yang terkenal menerusi drama Sedetik Cinta, Hanez Suraya pernah dikritik gara-gara berkongsi foto sewaktu sedang bercuti di Pulau Redang, Terengganu, terbaru sekali lagi pelakon wanita tersebut dikritik kerana didakwa seorang wanita gatal dan sering me-retweet status peminat lelaki sahaja.
Artikel Berkaitan :
Beberapa jam lalu, Hanez Suraya telah retweet semula status seorang peminat wanita yang memaki hamun dirinya dan ianya seolah-olah menunjukkan bahawa peminat tersebut terlalu membenci Hanez Suraya sehingga mengaitkan sebuah produk kecantikan yang kian popular pada ketika ini.
Hanez Suraya didakwa seorang wanita yang kuat melenting
Dalam pada itu, peminat wanita tersebut turut mempertikaikan sikap Hanez Suraya yang dikatakan sebagai seorang wanita yang cepat melenting apabila ditegur oleh peminat-peminatnya.
Memandangkan terlalu banyak status peminat tersebut yang berunsurkan perkara negatif, Hanez Suraya hanya mampu retweet semula dan bersikap positif dengan memuat naik status berbunyi :
Apa pun, diharapkan sebagai seorang muslim, lebih elok sekiranya kita menegur setiap kesalahan itu dengan kata-kata yang lebih berhemah dan sopan agar setiap nasihat yang ingin disampaikan lebih berkesan serta tidak mengguris hati pihak lain.
Bagaimanapun, di sini OHBULAN! selitkan juga beberapa status peminat wanita tersebut yang dilihat terlalu marah dan bengang dengan sikap Hanez Suraya untuk tatapan anda semua.
Sumber : Twitter Hanez Suraya