berita

Peminat Nak Tubuh Badan Kurus, Ernie Zakri Tak ‘Rushing’ Nak Turunkan – ‘Dapat 50kg Pun Okay Dah’

March 24th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon Ernie Zakri menjawab permintaan peminat yang menginginkan dirinya memiliki tubuh badan sebelum berkahwin.

Nak lihat kak Ninie (Ernie Zakri) kurus macam AJL 32 dulu. Mampu tak? Comel sangat,” tulis seorang individu yang tidak diketahui identiti.

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Tak Kisah Orang Panggil Syamel ‘Lembut’ – ‘My Husband Is Very Soft & Gentleman, Saya Sayang Dia’

Jauhlah nak makan suku

Menerusi Instagram Stories, Ernie, 30, berkata faktor pertambahan berat badan disebabkan dia tidak menjaga soal pemakanan.

Pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri akui merindui momen ketika berat badannya hanya 45 kilogram (kg) kerana nampak langsing dan cantik untuk menggayakan pelbagai fesyen.

Sejujurnya saya rindu bentuk badan masa dulu. Umur 25, 26 tahun memang gembira sangat sebab kurus. Tapi, makan dan minum tak menentu. Senang cerita, bukan gaya hidup sihat. Jauhlah nak makan suku, separuh tu.

Berat masa tu 45 kg. Pada saya, pakai apa pun masa tu nampak cantik sebab memang kurus sangat. Apabila tengok balik masa tu terutama AJL ketika menyanyikan lagu Aku Cinta, saya cakap dalam hati ‘eh macam badan budak budak’.

Nampak tak sihat. Sebab kita saja tahu apa kita ‘consume’ masa tu kan. Masuk saja umur 27, 28 dan 29 tahun berat badan terus 49 kg. Saya sudah mula bersenam masa tu. Saya sangat gembira dan sihat, alhamdulillah.

Turun perlahan-lahan

Biarpun berat badan bertambah lagi semasa hamil, pelantun lagu Boneka tidak tergesa-gesa untuk mendapatkan tubuh badan asal.

Isteri kepada penyanyi Syamel ini bersyukur sekiranya dia dapat menurunkan berat badan kepada 50 kg.

Sewaktu mengandung tentu saja berat badan naik. Saya tak bimbang sebab perkara ini normal untuk semua orang. Sekarang, nak mula balik kehidupan sihat itu. Nak turunkan berat badan pun kena perlahan lahan. Tak nak ‘rushing’ macam dulu. Asalkan sihat, alhamdulillah.

Moga Allah SWT permudahkan perjalanan saya ini. Dapat 50 kg pun okay dah, Insya-Allah. Jadi doakanlah perjalanan saya ini. Nak bersenam kena tunggu lama sikit. Jadi, saya menjaga pemakanan saja sekarang ini.

Sekadar info, Ernie berkahwin dengan Syamel pada 26 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Khawla Soleha pada 22 Februari lalu.

Sumber: Instagram @erniezakri

SKIP THIS AD ×