Penyanyi terkenal, Ernie Zakri menerusi satu ciapan di Twitter memuji ketampanan suaminya, Syamel walaupun menerima komen yang kurang menyenangkan daripada wargamaya.
Artikel Berkaitan: Ernie Pilih Syamel Nyanyi Lagu ‘Boneka’, Netizen Komen ‘Inilah Baru Cinta Sejati’
Artikel Berkaitan: Syamel & Ernie Zakri Pilih Nur Khawla Soleha, Peminat Puji Sedap Nama Anak – ‘Khaulah Seorang Serikandi Yang Hebat ..’
Artikel Berkaitan: Alhamdulillah! Ernie Zakri Selamat Bersalin Anak Perempuan – ‘Senang Daddy Ingat Tarikh Birthday’
‘Okay dengan komen’
Menerusi ciapan yang dikirim semalam, pelantun lagu Boneka tetap memuji suaminya walaupun terdapat sesetengah individu menggelarkan suaminya lembut.
Susulan daripada itu, seorang individu membalas ciapan tersebut dan sempat memberikan komen mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL36) yang berlangsung Ahad yang lepas.
Individu berkenaan pada masa yang sama turut memberikan pujian kepada Syamel dan Ernie pada masa yang sama menjelaskan dia ‘ok’ dengan komen tersebut. Membalas kepada ciapan tersebut, Ernie menjelaskan suaminya seorang lelaki yang budiman dan lembut.
Menerusi ruangan balas, dapat dilihat rata-rata wargamaya yang tampil back up Syamel dan menjelaskan dia tidak lembut seperti mana yang disangka.
Sebab make up, itu yang nampak macam lembut kak. Tapi elok je sebenarnya. Syamel lah yang nampak paling jantan kalau nak bandingkan dengan dancers.
Normalise not to labelling soft and gentleman as nonok. Pernah tengok macam mana sayangnya Syamel ni kat arwah mak dia.. I guess it’s in the upbring. Elok didikan arwah mak dia.
Normal lah lelaki ada side lembut-lembut. Mak dia perempuan, so gen perempuan pun diwarisi anak lelaki. Tak perlu lah nak kutuk-kutuk.
Benar, jangan dengar sangat orang lain duk suruh gitu gini. Yang penting dia good husband dan tunaikan tanggungjawab dia.
Terdahulu, Ernie Zakri memilih suaminya sendiri iaitu Syamel untuk menjadi penyanyi ganti lagu ‘Boneka’ ketika AJL36 berlangsung.
Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Puncak Alam, Selangor. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 22 Februari yang lalu.
Sumber: Ernie Zakri