Sebelum ini, pernah timbul khabar angin yang mendakwa isteri kepada penyanyi Haqiem Rusly iaitu Anis Sofea sudah hamil namun hanyalah sekadar gurauan semata-mata.
Artikel Berkaitan: Kecoh Isteri Hamil Anak Pertama, Haqiem Rusli Minta Doa Orang Ramai – ‘Saya Gurau-Gurau Je, Buat Masa Ni Belum Ada Lagi’
Nampak baby bump
View this post on Instagram
Terbaharu, muncul sekali lagi dakwaan Anis, 20, sudah ‘berisi’ menerusi foto raya bersama Haqiem di Instagram (IG).
Menerusi ruangan komen pada foto berkenaan, beberapa peminat bertanya tentang kehamilan dan ‘baby bump’ yang kelihatan pada perut isteri Haqiem.
@izzhfrhani: Saya nampak baby bump pada gambar yang keempat.
@amnattsha: Macam nampak baby bump la.
@tiniepadil_makeupandbridal: Tahun depan bertiga.
@itsmeaisyah.01: Comelnya baby bump.
Tak hamil lagi
Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram Stories, usahawan muda itu menafikan dia sedang berbadan dua. Kata pemilik nama Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, itu bukan ‘baby bump’ tetapi perutnya buncit.
Sebagai info, Haqiem dan Anis selamat bergelar suami isteri di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November tahun lalu.
Sumber: Instagram @anissofeaaz