Shila Amzah

Pencapaian membanggakan diraih penyanyi Shila Amzah di arena muzik sehingga berjaya menembusi pasaran global telah dipamerkan di sebuah ekspo dunia iaitu World Expo Osaka Japan 2025.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Belum Sedia Jumpa Ibu Tiri, Dedah Hubungan Dengan ND Lala Baik – ‘Saya & Ayah Akan Berbuka Bersama Hujung Minggu Ini’

Artikel Berkaitan: ‘Nak Bersihkan Foto Galeri, Sedar Banyak Gambar Dengan Ibu Tiri Yang Pernah Jadi Sahabat Saya’ – Shila Amzah

Shila di mata dunia

Shila Amzah

Menerusi perkongsian seorang individu di platform X, dia memuat naik gambar memaparkan sebuah potret yang memperlihatkan wajah Shila di eskpo tersebut.

Dalam potret itu menyatakan pencapaian yang diraih pemilik nama lengkap Nurshahila Amir Hamzah, 35, dalam beberapa pertandingan yang disertainya di China sejak beberapa tahun lalu.

Antara yang dinyatakan adalah pertandingan ‘Asian Waze’ musim pertama menyaksikan dia bergelar juara dan ‘I Am A Singer’ menyaksikan dia mendapat tempat ketiga.

Selain itu, Shila juga berjaya didominasi dalam anugerah ‘World Music Awards’ sebagai ‘Best Female Artist’, ‘Best Entertainer of the Year’, ‘Best Song’ dan ‘Best Video’.

Sementara itu, di ruang komen, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu sempat membalas dengan mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan pihak yang sentiasa menyokong kerjayanya.

Rata-rata wargamaya yang lain pula meluahkan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh Shila.

Sumber: X