berita

Peminat Volkswagen Jangan Lepaskan Peluang Untuk Sertai Volkswagen Fest 2018. Serius Fun!

October 5th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Setiap orang mesti ada kereta impian masing-masing kan? Kalau admin, admin teringin sangat nak pakai kereta Volkswagen. Yelah, dengan reka bentuk kereta yang menarik dan enjin yang berkuasa tinggi siapa je tak jatuh cinta dengan jenama ni. Betul tak?

Kalau korang peminat Volkswagen macam admin juga. Ha.. Ni admin nak bagitau, Volkswagen Fest akan kembali. Kali ni dengan pelbagai aktivti yang lebih menarik yang korang boleh join.

Volkswagen Fest 2018 kembali buat peminat setia di Malaysia

Peminat-peminat dan pemilik Volkswagen kat luar sana, korang jangan lepaskan peluang untuk ke Volkswagen Fest 2018 ni. Pastikan korang bawak famili dan kawan-kawan korang datang sebab ada banyak aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Volkswagen Fest nanti. Confirm tak rugi punya.

Pandu uji kereta Volkswagen idaman hati

Mesti tak puas kan, kalau dapat tengok je kereta idaman.. Daripada korang makan hati, datang je Volkswagen Fest 2018 ni. Dekat sini korang boleh pandu uji  model kereta daripada Volkswagen tau. Terdapat juga terdapat juga kereta yang dipamerkan untuk dijual, mana tau kalau korang berkenan boleh terus beli satu.

Buat pemilik kereta Volkswagen, korang boleh bawa kereta korang ke sini untuk dinilai dan diperiksa kerana terdapat perkhidmatan khas sacara PERCUMA yang disediakan untuk pemilik kereta jenama Volkswagen ni tau.

Bukan itu saja, buat korang yang nak beli pre-registered atau kereta baru jenama Volkswagen ni tau ada banyak tawaran menarik menanti korang semasa Volkswagen Fest 2018 ni. Korang mungkin berpeluang untuk menikmati petrol percuma selama setahun kalau korang untuk kereta pre-registered yang terpilih.

Nak terangkan mengenai Volkswagen ni pon susah, sebab korang kena rasai sendiri pengalaman keterujaannya dan semua ni korang boleh nikmati di Volkswagen Fest 2018.

Jangan lupa bawak keluarga dan kawan-kawan korang sekali, sebabnya korang juga boleh berhibur dengan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan nanti. Ni kami senaraikan sikit untuk korang:

1. Persembahan daripada artis-artis terkemuka tanah air

Tak best la festival tanpa kelibat artis membuat persembahan kan? Haa.. Kali ni untuk Volkswagen Fest 2018 terdapat beberapa band terkenal akan menghiburkan korang. Antaranya Bunkface, Paperplane Pursuit dan Talitha Tan. Save date korang sebab persembahan ni akan diadakan pada hari Sabtu, 13 Oktober ya.

Selain tu, akan ada juga persembahan buskers dan kemunculan beberapa influencer terkenal.

2.Photobooth bertemakan kereta Volkswagen. Boleh la bergambar!

Haa…. Selain tangkap gambar dengan kereta Volkswagen yang dipamerkan, korang jangan lupa tangkap gambar korang dekat photobooth yang disediakan. Bukan senang tau nak tangkap gambar dengan kereta Volkswagen ni kecuali kalau korang ada sebiji kat rumah. Betul tak?

3. Buat kaki work-out ada juga aktiviti best untuk korang

Dekat Volkswagen Fest 2018 akan ada aktiviti HIIT workout dan Sunrise Yoga dari GuavaPass. So, kalau nak cari kelainan maybe korang boleh join aktiviti ni sambil cuci-cuci mata tengok kereta Volkswagen. Gituuu….

4. Tayangan movie Herbie Fully Loaded

Tipu kalau peminat Volkswagen tak tau tentang cerita ni.. Macam mana watak Maggie, dalam cerita ni bertanding di dalam NASCAR menggunakan sebuah kereta Volkswagen Bettle ni dan liku-liku yang terpaksa dia hadapi. Korang dapat tonton movie ni di Volkswagen Fest 2018. Bestnya!

5. Pelbagai lagi aktiviti menarik menanti korang…

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti menarik yang korang boleh sertai di Volkswagen Festival 2018 ni seperti, lukisan grafiti, stage games, giant Jenga dan banyak lagi lah! Kalau korang lapar jangan risau, sebab akan ada jualan food truck di situ.

Korang jangan lupa temu janji, untuk memeriahkan Volkswagen Fest 2018 ya. Meyh kami share sikit details untuk event ni:

Lokasi: Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam

Tarikh dan Masa:
Jumaat, 12 Oktober (10 pagi – lewat malam)
Sabtu, 13 Oktober (10 pagi- lewat malam)
Ahad, 14 Oktober (10 pagi – 10 malam)

Nak tau lebih lanjut tentang event ni korang boleh follow event page ni di Facebook atau korang just pergi laman sesawang Volkswagen ni ya.

Jadi korang jangan lupa untuk datang ke Volkswagen Fest 2018 ni nanti… Jumpa korang kat sana!! :)

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×