berita

‘Pancing’ Untuk Keluar Makan, Remaja 14 Tahun Dirogol Di Tangga Pintu Kecemasan

September 29th, 2023 | by Alia
Kini Trending

amang seksual

Gambar sekadar hiasan

Seorang remaja perempuan dirogol di kawasan tangga pintu kecemasan di sebuah pangsapuri yang terletak di Sungai Besi selepas mangsa keluar makan bersama rakan.

Artikel Berkaitan: Budak 7 Tahun Didakwa Rogol Anak Jiran Umur 5 Tahun Sampai Berlumuran Darah

Artikel Berkaitan: 20 Pelajar Bawah Umur Didakwa Jadi Mangsa Cabul Guru Mengaji, Diraba & Disuruh Ramas Kemaluan

Mangsa trauma

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Buletin TV3, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa dijemput oleh rakan lelakinya untuk makan malam dan melepak di Desa Tasik pada jam 9.10 malam 18 September lalu.

Berdasarkan kenyataan sumber, mangsa berusia 14 tahun itu kemudian telah dibawa ke sebuah pangsapuri.

Mangsa cuba melarikan diri namun gagal apabila suspek mengunci pintu kecemasan sebelum memperkosa mangsa.

Remaja terbabit kemudian dihantar pulang ke rumahnya dan diminta tidak menceritakan kepada sesiapa.

Trauma dengan detik hitam yang berlaku, mangsa bagaimanapun telah menceritakan tentang insiden tersebut kepada rakannya sebelum diketahui oleh ahli keluarga.

Mangsa kemudian dibawa membuat laporan polis pada 21 September lalu untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.

Susulan itu, pihak polis telah berjaya menahan suspek bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Buletin TV3

SKIP THIS AD ×