berita

Pemuzik Pentas AJL Kena Reject Sebab Kerja, Tweet Adibah Noor Undang Tanda Tanya

February 11th, 2020 | by faris
Kini Trending

Penyanyi Adibah Noor yang pernah mengungguli Anugerah Juara Lagu 21 menerusi lagu Terlalu Istimewa boleh dikatakan berada di kelasnya yang tersendiri. Penyanyi berpengalaman ini baru-baru ini ada memuatnaik status di Twitter sehingga membuatkan ramai yang tertanya-tanya dan tidak keruan meneka.

Dihancurkan hatinya hanya kerana seorang pemuzik

Tweet berkenaan dimuatnaik ketika AJL 34 yang berlangsung pada malam Ahad lalu. Adibah memberi bayangan seorang insan yang berada di atas pentas berkenaan telah dihancurkan hatinya oleh seseorang hanya kerana dia ahli muzik.

Individu itu dikatakan sebagai sangat baik orangnya dan sukar dicari seseorang sepertinya. Tweet berkenaan mendapat lebih 5 ribu perkongsian di Twitter.

Sangat baik orangnya

Menambah ‘hint’ untuk diteka pengikut laman sosialnya itu, Adibah berkata dia pernah ditanyakan oleh keluarga perempuan mengenai ahli muzik tersebut. Ujarnya lagi, dia dan rakan-rakan hanya mengatakan yang baik-baik sahaja mengenai individu berkenaan.

Bukan Naim Daniel

 

Paling banyak diteka adalah nama pemenang keseluruhan AJL 34, Naim Daniel yang cemerlang dengan Sumpah pada malam itu. Namun tekaan itu dinafikan Adibah.

Apa awak merepek ni

Pemain piano Hafiz pun salah

Ameng Spring? Pun bukan

Turut menjadi sasaran tekaan adalah Ameng Spring yang membuat persembahan penyeri tribute kepada M. Nasir. Untuk rekod, Ameng pernah berkahwin dengan penerbit Dato’ A. Aida yang hadir sebagai penulis lirik lagu nyanyian Hafiz Suip, Kisah Cinta Kita.

Sehingga kini, Adibah masih tidak mendedahkan gerangan sebenar individu dimaksudkan dan membiarkan netizen tertanya-tanya.

Sumber: Adibah Noor

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×