berita

Penampilan Terkini Terima Pujian, Adibah Noor Kongsi Tip Makan Enam Suap Sahaja

June 9th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: adibahnoormohdomar

Siapa sahaja tidak mengenali figura yang bernama Adibah Noor? Seorang artis terkenal berbakat besar yang sehingga kini kekal relevan dalam dunia hiburan tanah air. Terbaharu, nama Adibah Noor menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan penampilan terkininya yang dilihat semakin kurus. Adibah juga sempat memberikan beberapa tip kepada peminatnya.

Artikel Berkaitan: Adibah Noor Betulkan Sebutan Penyampai Radio, Ringgit Bukan ‘Ring It’

Artikel Berkaitan: ‘RM20,000 Saya Guna Bayar Hutang & Tebus Barang Kemas’ – Adibah Noor

Makan enam suap sahaja

Foto: adibahnoormohdomar

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram, pelakon dan penyanyi ini juga telah berjaya menarik perhatian wargamaya dengan memaparkan foto terkini dirinya yang semakin kurus.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Adibah semakin langsing dan cantik. Dalam pada itu, ada juga yang sempat bertanyakan kepada Adibah apakah tips yang diamalkannya. Adibah membalas komen tersebut dengan memberikan tips yang diamalnya sehingga kelihatan langsing.

Jangan ambil minuman bergula.

Makan enam suap sahaja. Cubalah.

Adibah yang dilihat memakai busana baju kurung berwarna oren dalam foto berkenaan dilihat lebih langsing berbanding imejnya sebelum ini. Difahamkan, gambar itu memaparkan Adibah sedang menjalankan tugas sebagai pengacara untuk sebuah majlis.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat juga tidak ketinggalan untuk memberikan komen yang positif terhadap perkongsian pelakon tersebut. Ada juga diantara mereka yang turut mendoakan Adibah Noor dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.

Sumber: adibahnoormohdomar

SKIP THIS AD ×