Gara-gara berkongsi menu sambal sotong baru-baru ini, isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menjadi sorotan warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: Masak Sambal Sotong Kegemaran Syamsul, Ira Kazar Layan Permintaan Netizen Minta Resepi
Dua hari terpengaruh
Di Instagram Stories, Ira, 27, kelihatan tak ‘menang tangan’ repost hantaran netizen yang terjebak menyediakan juadah sambal sotong untuk suami masing-masing.
Kita belum habis lagi cerita sotong ke ni?
Anak kepada pelakon Kazar Saisi ini turut memuji hasil masakan pengikut selain berseloroh menyatakan ‘cik suami’ pasti akan tambah nasi dua kali.
Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya yang mengadu nasib kepada Ira memberitahu mereka tidak sempat membeli sotong di pasar kerana sudah habis dijual.
Pada Rabu lalu, pemilik nama Faghirah Fatini Kazaruddin berkongsi resepi sambal sotong yang menjadi makanan kegemaran Syamsul.
Sebelum ini, masakan sotong tumis yang dimasak Ira menerima pujian daripada kakak kandungnya, Yasmin Kazar. Kemudian, bubur som som pula dipuji cukup rasa lemak.
Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.
Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Instagram