Nenek kepada pelakon dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof memberitahu dia tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian meskipun berada dalam keadaan sakit.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Neelofa Menangis Dapat Tengok Helaian Rambut Milik Rasullullah
Artikel berkaitan: Niat Nak Bantu Ramai Orang, Netizen Sebak Lihat Neelofa Menitiskan Air Mata
Al-Quran penawar semua penyakit
Menerusi laporan Sinar Harian, Bibi Khoteja berkata dia pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.
Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran. Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran.
Tambah warga emas yang berusia 77 tahun itu, dia turut menjemput dan menambah guru mengajar al-Quran untuk datang mengajarnya tatkala keadaan kesihatan tidak baik.
Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran.
Bercerita mengenai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam, Bibi Khoteja menyifatkan majlis tersebut amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.
Sumber: Sinar Harian