berita

‘Pendarahan Paru-Paru Nad Sudah Berhenti, Bacaan Oksigen Cecah 100’ – Ungku Ismail

November 24th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Ampang Puteri akibat paru-paru berdarah, mula menunjukkan perkembangan positif, pagi ini.

Artikel Berkaitan: ‘Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Kritikal Di ICU’ – Ungku Ismail

Artikel Berkaitan: ‘Kuat Demi Yem & Som’ – Bekas Suami Nad Zainal

Artikel Berkaitan: ‘Nad Zainal Tunjuk Perkembangan Positif, Tahap Oksigen Meningkat’ – Elvina Mohamad

Oksigen cecah bacaan 100

Memetik laporan BH Online, perkembangan terbaharu Nad yang dipercayai mengalami autoimun iaitu keadaan di mana sistem imun menyerang sel atau tisu sendiri, dikongsi rakan selebriti, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz.

Ungku Ismail berkata, dia dihubungi hospital yang memberitahu paras oksigen dalam darah Nad sudah mencecah bacaan 100 dengan alat bantuan pernafasan.

Justeru, kata Ungku Ismail, doktor akan cuba mengurangkan kekuatan alat bantuan pernafasan berkenaan bagi memantau tahap oksigen Nad.

Alhamdulillah, oksigen Nad sudah mencecah bacaan 100. Doktor akan cuba kurangkan kuasa bantuan alat pernafasan berkenaan.

Satu lagi perkembangan positif, pendarahan pada paru-paru Nad sudah berhenti dan mengering. Nad memberikan tindak balas positif kepada ubat diberikan.

Kena check buah pinggang

Tambah Ungku Ismail, doktor menjelaskan keadaan pelakon berumur 32 tahun kini lebih baik.

Cuma doktor bimbang kemungkinan ada jangkitan pada buah pinggang kerana mereka dapati radang pada organ berkenaan.

Mereka menanti pakar buah pinggang untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Dalam pada itu, Ungku Ismail yang berada di sisi Nad sejak teman gandingannya dalam drama Cina Buta itu dimasukkan ke hospital, Isnin lalu, memohon orang ramai mendoakan kesihatan ibu kepada dua cahaya mata itu.

Saya berharap semua orang dapat terus mendoakan Nad. Doakan semuanya okay dan tiada lagi komplikasi.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke ICU sejak tiga hari lalu selepas mengadu tidak sihat ketika menjalani penggambaran drama terbarunya.

Nad kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal sehinggakan terpaksa melakukan prosedur intubasi disebabkan berdepan masalah pernafasan.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×