berita

Pengadu Tarik Laporan, Kes Lelaki Tendang Rider Hantar Makanan Selesai

May 20th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Viral di media sosial rakaman kamera litar tertutup seorang penghantar makanan ditendang sehingga jatuh oleh seorang lelaki. Video tersebut mengundang kecaman netizen berikutan penghantar makanan tersebut merupakan seorang wanita.

Menerusi sumber Harian Metro, kejadian yang berlaku di Bandar Puteri Puchong mengundang protes kumpulan penghantar makanan itu selepas dilihat berkumpul di hadapan premis berkenaan.

Ditendang berkali-kali sehingga jatuh

https://www.facebook.com/halim.halimshah.90/videos/pcb.653542378557842/653542248557855/?type=3&theater

Berdasarkan video rakaman tersebut, wanita terbabit dipercayai ditendang beberapa kali oleh suspek sehingga jatuh di hadapan sebuah premis.

Saksi rakam wajah suspek

Satu lagi video yang viral di laman sosial memaparkan wajah lelaki yang didakwa menendang wanita berkenaan di rakam seorang saksi di tempat kejadian. Lelaki berkenaan dilihat diam tanpa mengeluarkan kata-kata.

Akibat kejadian, lelaki terbabit menunjukkan isyarat lucah sebelum bertindak menolak mangsa.

Mangsa turut ditendang sebanyak tiga kali di bahagian pinggang menyebabkan dia jatuh.

Kedua-dua individu berkenaan sudah dirakam keterangan dan pengadu bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara baik serta menarik balik laporan polis yang dibuat.

Menurut sumber, kejadian dikatakan berpunca apabila lelaki tersebut tidak berpuas hati apabila wanita berkenaan yang sedang menunggang motosikal memotongnya ketika dia ingin membuat pusingan U. Ekoran kejadian yang berlaku, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Puchong.

Walau bagaimanapun, mangsa dipercayai bersetuju untuk menyelesaikan isu tersebut dengan baik dan menarik balik laporan polis.

Jangan komen bukan-bukan

Siasatan mendapati dalam kejadian itu terdapat perselisihan faham antara kedua-dua individu terbabit. Namun, tiada kecederaan dialami kedua pihak.

Kertas siasatan akan dilengkapkan dan diminta semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan komen yang boleh memecahkan keamanan dan mendatangkan kegusaran awam.

Ketua Polis Daerah Sedang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan ketika dihubungi berkata, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan kedua-dua pihak sudah dipanggil untuk dirakamkan percakapan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×