berita

Pengajar Diberhentikan Serta Merta, Pemilik Enggan Ulas Lanjut Kes Dera

August 14th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Semalam tular sebuah video memaparkan tindakan pengajar menampar kanak-kanak lelaki sehingga terjatuh dari kerusi dan mengangkat kanak-kanak perempuan diletakkan di atas tubuh kanak-kanak lelaki yang terbaring. Ekoran dari insiden tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri telah mengambil tindakan terhadap pengajar tidak berhati perut itu.

Artikel berkaitan: ‘Ini Memang Setan!’

Malah, difahamkan ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut tidak membuat laporan polis, berikutan pihak Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPKK) terbabit sudah melaporkannya.

Telah diberhentikan

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri, Ginie Lim Siew Lin berkata kedua-dua pengajar wanita tersebut telah diberhentikan serta-merta oleh majikan susulan insiden itu.

Difahamkan, premis ini mempunyai empat pekerja dan kedua-dua mereka yang dipercayai terbabit dalam insiden mengasari kanak-kanak berusia empat tahun itu, sudah diberhentikan. Pusat jagaan itu menempatkan 23 orang kanak-kanak dan beroperasi sejak lebih lima tahun lalu.

Bagaimanapun, pusat jagaan tersebut beroperasi secara sah dan berdaftar dengan Jabatan Pelajaran negeri setelah semakan dibuat dengan teliti.

Tidak mahu ganggu siasatan polis

Premis ini dibenarkan beroperasi seperti biasa, hanya pekerja yang terbabit diberhentikan, malah tenaga pengajar juga mempunyai sijil yang sah. Saya juga akan meminta pihak JKM memberi khidmat kaunseling kepada kanak-kanak dan ibu bapa yang terbabit.

Pemilik PPKK terbabit ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai kejadian kerana tidak mahu menganggu siasatan polis. Malah, semua pengusaha pusat jagaan dinasihatkan membuat pemerhatian dan melakukan pemantauan sepanjang masa. Hal ini dapat mengesan tanda-tanda awal jika pekerja mereka cenderung mengasari kanak-kanak di situ.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×