Isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan kira-kira jam 5.57 petang semalam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizo Omar Kongsi Isteri Hamil Lima Bulan, Peminat Cakap Penat Tapi Seronok Anak Nampak Sebaya
Artikel Berkaitan: Fizo Omar Beri ‘Hint’ Ingin Tambah Anak, Netizen Pulak Kesiankan Isteri – ‘Kalau Betul Sayang, Bagi Dia Rehat’
Lahir normal
Berkongsi berita gembira itu di Instagram, Fizo berkata dia bersyukur apabila bayi seberat 3.07 kilogram itu dilahirkan secara normal.
Syukur alhamdulillah. Isteri saya @ffezyranesry telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada jam 5.57 petang tadi di @andorrahospitalofficial.
Syukur Ya Allah, semuanya di permudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room untuk melahirkan secara normal.
Menerusi perkongsian tersebut, aktor itu turut memuat naik gambar yang memaparkan dia berada di sisi isterinya dalam wad pusat perubatan berkenaan.
Sambut sendiri
Dalam masa sama, pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar akui bersyukur apabila diberi peluang untuk menyambut sendiri kelahiran anaknya selain menyifatkan ia sebagai satu pengalaman baharu buatnya.
Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. Ya Allah, tak terkata.
Terima kasih buat doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial di atas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik.
Imbas kembali, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan anak sulung Wan Khaleeda yang kini berusia setahun.
Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Instagram