
![]()
Menjadi satu simbolik kepada setiap pasangan yang ingin melansungkan majlis perkahwinan akan memilih tema-tema tertentu. Majlis perkahwinan yang hanya berlangsung sekali seumur hidup pasti membuatkan pasangan mempelai memilih tema yang menarik supaya sentiasa berada dalam ingatan.
Menerusi Twitter Iman Mukhlis kongsi suasana meriah majlis perkahwinan sahabatnya yang bertemakan melayu klasik yang ternyata sungguh menarik dan unik kerana mengimbau kembali zaman-zaman melayu dahulu kala. Pengantin perempuan dibawa menaiki tandu berserta pengiring seakan-akan pengawal sultan melayu. Sungguh menggamit memori!
Persis filem melayu lama
Tengok dia punya setting. Grand ok. Macam dalam filem Nordin Ahmad masa dia jadi sultan tu. Tak perlu sewa dewan. Lokasi gini lebih feel. The whole Kg Ketoyong ni ada pertalian darah. Meriah. pic.twitter.com/CHOhd3RYBR
— ايمان مخليص (@imvnmukhli5) April 27, 2019
Macam pengiring Sultan dalam filem lama
Lepas renjis renjis tepung tawar, ada persembahan silat. Panjang lagi silat ni tapi tengah melantak. Sedar2 dah nak habis. Tapi tengok la pelamin tu. Tak love ke? So tradisional. Love habes! pic.twitter.com/2Xd8NJzeQZ
— ايمان مخليص (@imvnmukhli5) April 27, 2019
Reka bentuk pelamin yang sungguh nostalgia
![]()
![]()
Meja makan beradap siap pengiring
![]()
Majlis macam ni baru menarik
![]()
Sumber: Iman Mukhlis






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

