berita

Pengarah Drama Nur Setuju Kenyataan A. Aida, Akui Pelakon Yang Tak ‘Berupa’ Kena Work Triple Hard

March 12th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kenyataan tidak berlapik dari penerbit A. Aida mengenai bakat dan rupa paras peserta semasa datang ke uji bakat DFKL 2019 mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Dia lantang menyuarakan kriteria sebagai pelakon perlu memiliki rupa paras yang cantik dan handsome.

Terbaru, pengarah drama Nur, Shahrul Ezad tampil mengakui kenyataan A. Aida itu ada benarnya juga. Namun, penerbit itu tidak sepatutnya terlalu jujur mengeluarkan kenyataan tersebut.

Aida tidak terlalu berterus terang sebegitu

Reality bites. Suka atau tidak sememangnya apa yang diperkatakannya itu ada kebenarannya. Sedih? Ya memang sedih. Platform DFKL bukannya mencari bakat semata tapi mencari PAKEJ! Bayangkan kalau kami penerbit mengetengahkan hero dan heroin baru yang tidak berupa adakah korang semua sudi menonton drama kami with the average unknown new faces? Bayangkan kalau abam letak Siti Kassim (ofcoz Siti is beautiful in her own way) sebagai heroin drama Nur abam sebagai bintang utama adakah korang sanggup setia menontonnya sehingga episod ke-15? Sila jawab dengan jujur.

Cuma alangkah indahnya kalau Aida tidak terlalu berterus terang sebegitu. Walaupun apa yang diperkatakan itu dengan berat hati abam terpaksa bersetuju tapi dengan berlapik mungkin lebih molek rasanya.

Persaingan antara stesen televisyen dalam merebut perhatian penonton jugak antara punca kenapa tv stesen terpaksa bertindak ‘sekejam’ itu. Sorry to say netizen yang menempelak secara membabi buta itu bagi abam adalah hipokrit. Kalau dorang pilih drama sekali pun mereka akan memilih siapa pemainnya dahulu especially yang muka baru kemudian baru bakat. Tolong jangan tipu diri sendiri. Sebab tu abam harap mana-mana bakat baru yang tahu mereka berbakat besar sehebat Azhan Rani, Norkhiriah, Amerul Affendy, Sherry Al-hadad tolong pastikan bakat anda memang betul-betul awesome supaya pengkarya-pengkarya macam abam nampak dengan jelas bakat anda yang boleh diketengahkan.

Kena work triple hard

InsyaAllah bakat yang hebat seperti ini mampu menenggelamkan rupa anda yang biasa-biasa saja. Kalau setakat datang uji bakat dengan harapan menggunung tapi bakat below average kami yang jadi juri ni boleh jadi stress adik. Sama jugak macam kita pergi bazar Ramadan nak beli makanan tapi masakan yang kau jual tu alahai rasa macam nak terbalikkan meja.

Abam rasa abam nak buat satu project drama yang mengenengahkan bakat-bakat besar yang tidak berupa ni untuk diketengahkan pada audience menerusi medium Youtube lah. Kat sini mungkin mereka boleh menonjolkan bakat hebat mereka. Mana tahu stesyen TV akan bukak mata bila melihat kebolehan mereka. Sorry to say untuk mereka yang tak berupa ni. Korang kena work triple hard untuk menempatkan diri korang dalam industri ini.

Sumber: Shahrul Ezad

SKIP THIS AD ×