berita

Pengasas Kosmetik Didenda, Miliki Produk Tidak Bernotifikasi KKM

March 8th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seorang pengasas produk kosmetik dan selebriti media sosial dikenakan denda sebanyak RM10,500 selepas didakwa memiliki sebanyak lima pertuduhan produk tidak bernotifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dia bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dengan memiliki kosmetik tidak bernotifikasi pada dua tahun lalu.

Produk tidak bernotifikasi

Memetik laporan Malaysia Gazette, difahamkan terdapat sebanyak lima produk kosmetik yang tidak bernotifikasi iaitu Amyera Beauty Flawless Day Cream, Amyera Beauty My Secret Cleanser, Amyera Beauty Flawless Night Cream, Flawless Booster Cream serta Flawless Acne and White Black Head Cream.

Bagi kesalahan berkenaan, pengasas produk itu didakwa mengikut Peraturan 18A(1) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 iaitu kesalahan di bawah Peraturan 18A(15) peraturan sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

‘Saya memang dah tak jual produk itu’

Namun, jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda maksimum RM25,000 dan RM50,000 bagi kesalahan seterusnya. Sementara itu, dia turut memohon supaya denda diminimumkan dan mengakui kesilapannya. Bagaimanapun, dia telah membayar kesemua denda berkenaan.

Saya memang dah tak jual produk itu lagi dan ketika serbuan dibuat semua produk itu berada dalam kotak. Sebenarnya semua produk itu didaftarkan dengan KKM, namun selepas tamat tarikh luput saya tidak memperbaharuinya. Memang silap saya simpan semua produk itu dalam stor.

Sumber: Malaysia Gazette, Harian Metro

SKIP THIS AD ×