berita

Pengasas Rumah Bonda Mengaku Tidak Bersalah

August 20th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pada 15 Julai lalu seorang wanita yang juga merupakan pengasas Rumah Bonda ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes dera seorang remaja kelainan upaya (OKU) sindrom down. Namun, tidak lama kemudian wanita itu dibebaskan setelah permohonan reman ditolak pihak Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sementara siasatan masih dijalankan.

Artikel berkaitan: Permohonan Reman Ditolak, Pengasas Rumah Bonda Dibebaskan

Artikel berkaitan: ‘Ambil Cili, Sumbat Ke Mulut Dia’ – Bekas Penghuni Rumah Kebajikan Bongkar Derita Yang Pernah Menimpa Bella

Artikel berkaitan: Pengasas Rumah Bonda Fail Permohonan Hak Jagaan Semula 5 Anak Angkat

Mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan

Tangkap layar: BH Online

Terbaharu, memetik laporan BH Online, Siti Bainun Ahd Razali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sindrom down berusia 13 tahun dan memohon dibicarakan semula. Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sebagai orang yang bertanggungjawab bagi menjaga kebajikan mangsa.

Tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan selain syarat tambahan perlu menyerahkan pasport serta melaporkan diri di balai polis berhampiran. Mangsa dalam kes ini merupakan orang kurang upaya (OKU) sindrom down selain tertuduh terbabit dalam kegiatan politik.

Difahamkan, Siti Bainun dalam rayuannya memohon jaminan rendah dengan alasan sudah memberikan kerjasama kepada pihak polis. Malah, dia turut berjanji akan hadir ke mahkamah sepanjang prosiding kes dijalankan disebabkan ingin membersihkan namanya semula. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan dan menetapkan 4 Oktober untuk sebutan semula kes ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×