berita

‘Ambil Cili, Sumbat Ke Mulut Dia’ – Bekas Penghuni Rumah Kebajikan Bongkar Derita Yang Pernah Menimpa Bella

July 17th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Kisah Bella yang merupakan remaja kelainan upaya (OKU) berusia 13 tahun telah mendapat perhatian ramai apabila dia didakwa didera di sebuah pusat kebajikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Terbaharu, pihak polis telah membuat permohonan reman terhadap pengasas dan juga pemilik Rumah Bonda yang disyaki terlibat dalam kes penderaan itu.

Artikel berkaitan: Syed Azmi Risau Suspek Kes Bella Murung, Emosi Terganggu Jika Terus ‘Ditekan’

Artikel berkaitan: Rumah Bonda Disita, Pengasas Dakwa Adik Bella Degil, Luka Sebab Tertumpah Air Panas?

Artikel berkaitan: Permohonan Reman Ditolak, Pengasas Rumah Bonda Dibebaskan

Menurut laporan Astro Awani, terdapat beberapa saksi yang merupakan bekas penghuni di pusat kebajikan pertubuhan itu dedah ‘kisah’ yang pernah terjadi pada adik Bella.

Dia pukul Bella pakai hanger

Menurut pengakuan saksi, mereka mendakwa pernah terlihat beberapa kali aksi yang tidak ‘berperikemanusiaan’ yang dipercayai dilakukan oleh suspek. Lantaran itu, saksi nekad untuk melarikan diri dari rumah perlindungan tersebut kerana sudah tidak mampu menahan rasa geram dan sakit hati dengan apa yang telah berlaku.

Malah, mereka juga pernah terlihat Bella dipukul termasuk beberapa perbuatan lain. Tambahnya lagi, Bella dapat digambarkan seorang yang berperwatakan ceria sebelum dia didakwa diperlakukan sebegitu oleh suspek. Penderitaan yang dilalui oleh adik Bella secara tidak langsung menyebabkan dia berubah menjadi murung dan tidak lagi seperti sebelum ini.

Saksi juga mendakwa penghuni lain di rumah kebajikan itu juga berdepan dengan tekanan fizikal dan mental ketika berada di sana.

Saya pernah saksikan dia pukul Bella dengan hanger sehingga patah. Dia suruh penghuni lain ambil cili dan sumbat ke mulut dia kerana tidak mengaku kesalahan, pastinya Bella takut.

Bagi makan sehari sekali je

Bukan itu sahaja, difahamkan saksi juga diarah oleh suspek untuk mengawal jadual pemakanan dan mengurung adik Bella. Bekas penghuni ini juga mendakwa soal kebajikan penghuni rumah itu turut terabai.

Dia menyuruh saya mengurung Bella di dalam bilik. Bagi makan dekat Bella satu kali sehari, bagi air segelas sehari. Saya nampak kesan birat dan lebam dekat badan, dia kata kena cubit.

Bekas penghuni ini juga tampil mengakui tidak diberi layanan istimewa ketika baru melahirkan anak. Segala kerja rumah seperti basuh baju dan mengemas pakaian juga terpaksa dilakukan olehnya.

Kalau korang nak tahu, pantang kat sana tak bayar ye. Tak dapat pantang yang betul. Cuma pakai stokin, makan dan tidur. Itu je… Anak, baju semua kita orang cuci, kita orang lipat. Bertungku semua tak pernah. Wang pantang dia simpan je, bukan dia bagikan.

Dia bangun, dia hentak meja. Dia ambil mangkuk potongan tu simbah ke muka saya. Kuah tomyam tu suam-suam, dia simbah je. Ya Allah, pedihnya mata aku. Lepas simbah tu, dia suruh saya sapu, kemas balik.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×