berita

Permohonan Reman Ditolak, Pengasas Rumah Bonda Dibebaskan

July 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai seorang remaja kelainan upaya (OKU) sindrom down dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota. Susulan daripada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertindak menyita rumah kebajikan tersebut.

Artikel Berkaitan: Pemilik Rumah Bonda Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Penderaan Adik Bella

Artikel berkaitan: Syed Azmi Risau Suspek Kes Bella Murung, Emosi Terganggu Jika Terus ‘Ditekan’

Artikel berkaitan: Rumah Bonda Disita, Pengasas Dakwa Adik Bella Degil, Luka Sebab Tertumpah Air Panas?

Bukan itu sahaja, pengasas Rumah Bonda juga telah ditahan oleh pihak polis pada 15 Julai lalu untuk membantu siasatan.

Polis gagal reman

Terbaru, Harian Metro melaporkan bahawa pihak polis telah membuat permohonan reman terhadap pengasas dan juga pemilik Rumah Bonda yang disyaki terlibat dalam kes penderaan adik Bella. Namun, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menolak permohonan reman tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, wanita berusia 29 tahun itu kini sudah dibebaskan tetapi siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 13 Julai lalu dengan cadangan tuduh suspek wanita itu bersama tiga yang lain.

Pada 14 Julai lalu, satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan 506 KK dan Seksyen 5(2) Akta pusat Asuhan 1953 (gagal memberi jagaan dan pengawasan yang mencukupi).

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×