berita

Pengasuh Siti Aafiyah Nikah Pemain Bola, Untunglah Baju Pengantin Siti Nurhaliza Taja!

June 1st, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Jika anda mengikuti perkembangan anak kepada penyanyi terkenal negara Dato Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah, pasti anda mengenali pengasuhnya yang dikenali sebagai Kak Dayah. Individu ini yang bertanggungjawab menjaga Siti Aafiyah sejak kecil lagi sehinggalah sekarang.

Terbaharu, menerusi perkongsiannya di Instagram, Dayah Zubit baru saja menamatkan zaman bujang dan bernikah dengan pilihan hatinya seorang pemain bola sepak Terengganu FC II.

Sama cantik, sama padan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MT11 ? (@dayahzubit)

Gadis berusia 25 tahun itu telah selamat bernikah dan bergelar isteri kepada Ridzuan Razali iaitu seorang pemain bola sepak sebagai pemain sayap bagi kelab Terengganu FC II (TFC II). Majlis diadakan mengikut SOP yang hanya dihadiri ahli keluarga sahaja di sebuah dewan di Sungai Petani, Kedah.

Tokti siap hadiahkan baju pengantin

Dayah Zubit turut meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Dato Sri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid kerana telah menaja baju pengantin rekaan Rizman Ruzaini buat hari bahagianya.

Cantik manis..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YASMEEN MUA UTARA (@yasmeennmua)

Sumber: Yasmeen MUA, Dayah Zubit

SKIP THIS AD ×