Seperti yang sudah sedia maklum, penyanyi Glenn Fredly meninggal dunia pada Rabu, ketika bukan sahaja Indonesia, malahan seluruh dunia sedang berperang menentang Covid-19. Berikutan itu, keluarga mendiang telah membuat kenyataan khusus berkenaan upacara pengebumian Glenn.
Pengebumian tertutup
Menurut kenyataan bertulis wakil keluarga, Mozes Latuihamalo, keluarga mereka sepakat membuat keputusan pengebumian Glenn dibuat tertutup. Langkah itu diambil untuk mengelak risiko jangkitan virus berkenaan.
Tanpa mengurangi rasa hormat, kami berharap agar para rakan-rakan dan peminat tidak hadir dalam proses pengebumian kerana situasi dan kondisi yang tidak memungkinkan saat ini.
Melalui pernyataan tertulis ini, kami pihak keluarga meminta doa dari rakan-rakan pemuzik, kerabat, teman, dan seluruh masyarakat Indonesia untuk mendiang Glenn Fredly dan memaafkan segala kesalahan yang pernah beliau lakukan, baik sengaja mahu pun tidak disengajakan.
Penjelasan sakit dihidapi
Mengulas mengenai sakit meningitis dideritai Glenn, Mozes berkata mendiang pernah mengadu berkenaan sakit dihidapinya namun mampu meneruskan hidup seperti biasa. Namun, sebulan sebelum ini, sakit yang melarat membuatkan dia menerima rawatan lanjut.
Dia sempat mengadu penyakitnya sebelum ini, namun masih beraktiviti seperti biasa. Satu bulan terakhir, Glenn mulai merasa tidak selesa atas penyakit yang dideritanya sehingga memutuskan untuk dimasukkan ke hospital.
Meski kondisinya menurun selama tiga hari terakhir, namun masih bisa berinteraksi hingga akhirnya menghembuskan napas terakhir.