Tonton membawakan kisah tentang kesetiaan dan persahabatan yang istimewa sempena Hari Raya Aidiladha ini. Kisah ini tentang suami isteri iaitu Fikry (Redza Rosli) dan Shiha (Sherry Ibrahim) yang telah membuat persediaan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
Oleh kerana itu, anak lelaki mereka (Faiz lakonan oleh Adik Umar Shakur) terpaksa ditinggalkan bersama atuknya yang dilakonkan oleh Kazar Saisi. Faiz bertemu kembali dengan rakan-rakannya semasa kecil iaitu Danush (Adik Rudtra Manivanan) dan Chong (Adik Camans Kong).
Pengembaraan penuh aksi
Kisahnya bermula apabila Tokwan yang menceritakan tentang belas kasihan terhadap haiwan namun di salah anggap oleh tiga rakan tersebut. Mereka mengambil keputusan untuk melindungi haiwan ternakan kampung daripada menjadi mangsa korban pada Hari Raya Aidiladha.
Namun, rancangan mereka tergendala apabila didapati haiwan-haiwan tersebut hilang. Tiga sahabat itu mendakwa bahawa Geng Pangkin Parit yang terkenal itu mencurinya. Apa yang lebih mencabar apabila penduduk kampung menuduh tiga sahabat itu yang menyembunyikannya. Mampukah mereka ini menemukan kembali haiwan-haiwan itu dan membersihkan nama mereka?
Ketiga-tiga sahabat ini berdepan dengan cabaran dan ujian ketika mencari haiwan-haiwan itu kembali. Mereka bertemu dengan sekutu dan musuh yang tak terduga di mana setiap satu memainkan peranan penting dalam perjalanan mereka.
Dalam perjalanan itu, mereka belajar erti sebenar kesetiaan, pengorbanan, dan ikatan persahabatan.
Sertai Faiz, Danush dan Chong dalam pengembaraan yang penuh aksi dan detik-detik mencabar ketika mencari haiwan-haiwan yang hilang itu.
Adakah mampu tiga sahabat ini mengatasi segala rintangan dengan keazaman dan semangat mereka? Nantikan kisah yang penuh makna ini dalam telefilem ‘3 Sekawan: Misi Aidiladha’ bermula 28 Jun hanya di Tonton.