berita

Pengguna Twitter Marah Tagline Baju Lucah, Joe Flizzow Minta Maaf

June 23rd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

joe-flizzo

Jika anda pengguna tegar laman sosial Twitter, pasti korang aware dengan perkara yang paling panas dan hangat diperkatakan semalam.

Kalau nak tahu, beberapa keping foto telah menjadi viral dalam sekelip mata dan menerima pelbagai jenis respon dari netizen. Nak tahu gambar apa? Meh baca lagi meh.

Melalui foto yang dikirimkan, kami sendiri pun terkejut apabila melihat foto yang tersebut. Mana taknya, tagline yang digunakan sangatlah tidak munasabah. Lebih terkejut, apabila kami mendapati individu yang ada dalam foto tersebut adalah rapper terkenal, Joe Flizzow.

joe flizzow

Kali ini tagline baju yang dibuat lebih ekstrem dari baju Sharifah Sakinah. Hehe. Mana taknya, penggunaan bahasa lucah terang-terangan ditulis pada tshirt berkenaan.

Perkataan seperti Kote, Pelacur, Jantan dan sebagainya telah mengundang kemarahan pengguna Twitter yang menganggap baju berkenaan tidak sepatutnya dipakai.

marah

Persoalannya, apa motif sebenar tshirt itu dibuat dengan menggunakan perkataan sebegini? Bukankah tidak manis untuk dipakai oleh sesiapa sahaja.

Emm..mungkin mereka terlalu leka mencipta sesuatu yang kononnya #havoc hingga lupa sensitiviti masyarakat negara kita. Bagaimanapun, kami difahamkan pemilik akaun Instagram yang memuat naik foto tersebut sudahpun memadamnya.

Dalam pada itu, Joe Flizzow yang turut terkena tempias kontroversi ini sudahpun meminta maaf secara terbuka melalui Twitter miliknya sendiri.

joe mintak maap

Melalui Tweet tersebut, dia berkata akan lebih berhati-hati tentang apa yang orang sekelilingnya pakai sebelum mengambil gambar yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Tak apalah Joe, perkara sudahpun terjadi. Kami harap lepas ini Joe akan lebih berhati-hati.

SKIP THIS AD ×