berita

Penggunaan Lampu Kecemasan Ketika Hujan Lebat Dan Konvoi Salah

October 4th, 2018 | by Shafika
Make-It-Senang

Kebanyakkan kes kemalangan berlaku adalah berpunca daripada sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab. Selain sikap pentingkan diri ketika memandu, tidak mengetahui undang-undang jalan raya juga boleh menyumbang kepada kemalangan.

Sebuah laman Facebook, Polis Diraja Malaysia berkongsi fungsi sebenar hazard light. Sepertinya masih ramai yang tidak mengetahui fungsi sebenar hazard light pada kenderaan masing-masing.

Fungsi sebenar

FAKTA ATAU AUTA?

AUTA : PENGGUNAAN LAMPU KECEMASAN (HAZARD LIGHTS) KETIKA HUJAN LEBAT DAN KONVOI

Majoriti pengguna tidak mengetahui fungsi dan memahami kegunaan lampu kecemasan (hazard lights) atau lampu isyarat berkembar di kenderaan masing-masing.

Secara am, penggunaan lampu kecemasan bertujuan memberi isyarat bahawa kenderaan dipandu sedang menghadapi masalah atau berhadapan bahaya dan memerlukan pemandu memperlahankan kenderaan sebelum berhenti.

PERLU DIINGAT mengikut Buku Panduan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nyalaan lampu kecemasan hanya ketika kenderaan berhenti dan tidak bergerak langsung.

Kurang bijak menggunakan lampu ini

Namun tidak dinafikan terdapat segelintir pengguna ‘kurang bijak’ sesuka hati menggunakan lampu kecemasan, terutama ketika hujan lebat, juga tidak kurang yang menggunakannya ketika memandu secara berkonvoi.

Mungkin niat mereka untuk memudahkan kenderaan yang dipandu dilihat atau menarik perhatian ramai, namun yang pastinya penggunaan lampu kecemasan ketika hujan lebat serta ketika berkonvoi mengganggu pengguna jalan raya lain.

Lampu kecemasan yang diaktifkan suisnya akan berkelip secara serentak di kiri dan kanan, justeru akan timbul kekeliruan sama ada kenderaan terbabit sedang berhenti atau sedang bergerak.

Begitu juga bahaya yang mungkin timbul dengan penggunaan lampu kecemasan semasa hujan lebat adalah ketika kenderaan terbabit ingin menukar lorong.

Jadilah pengguna jalan raya yang bijak! 
Semak Fakta Atau Auta! 
Spread The News Guys!!

Ada tertulis dalam buku panduan memandu

Di dalam bab 4, bahagian 2, Buku Panduan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga turut tertulis mengenai penggunaan hazard light ini.

Jangan sesekali memasang lampu ‘hazard’ semasa memandu. Pasangkan lampu besar dan lampu belakang jika hari hujan. Terdapat pemandu kenderaan mempunyai tanggapan yang salah terhadap penggunaan lampu ‘hazard’, la hanya digunakan untuk memberi amaran bahawa kepada pemandu kenderaan yang lain dan seharusnya digunakan apabila kereta itu berhenti, terutama apabila berhenti di lorong kecemasan.

Sumber: Polis Diraja Malaysia, Metro Driving Academy

SKIP THIS AD ×