berita

Netizen Selar Abang Lori Tampal ‘Sticker’ Lucah – ‘Anak Aku Pernah Baca & Dia Tanya Kenapa Basah?’

December 18th, 2023 | by Alia
Kini Trending

lori sticker lucah

Warganet meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir pemandu lori yang bertindak menampal pelekat berunsur lucah di kenderaan mereka.

Artikel Berkaitan: Remaja Bawah Umur Jual Ratusan Gambar, Video Lucah ‘Gay’ Serendah RM3

Artikel Berkaitan: Isteri Ayie Floor88 Jadi Mangsa Lelaki Miang, Tawar RM2,000 Ajak ‘Video Call’ – ‘Tengok Je Bukan Buat Sekali’

Mentaliti rendah

lori sticker lucah

Menerusi ciapan di platform X, warganet menyifatkan pemandu lori itu seorang individu yang mempunyai mentaliti rendah.

Pelekat seperti itu juga didakwa menjurus kepada perbuatan negatif selain tidak sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak.

Abang lori ni tak tahu ke apa yang dia tampal dekat belakang lori dia ni anak aku boleh baca?

Benci pelekat macam ini. Anak aku pernah ya baca lepas tu tanya kenapa basah. Perosak generasi.

Letak la pelekat yang bermanfaat sikit. Contoh zikir-zikir ke, dah solat belum? Awak okay tak hari ni? Jangan lupa makan. Ni tak, pelekat lucah, fikir pemandu lori je ada bini dekat rumah.

‘Double meaning’ ayat-ayat di belakang lori tu. Tak sesuai untuk semua peringkat umur, jangan pamer kedangkalan mu.

Dalam pada itu, warganet juga menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemandu lori yang menampal pelekat berunsur lucah.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tak tahan ke bahan lucah diletakkan di kenderaan untuk tatapan umum?

Patut buat undang-undang, kenderaan yang tampal pelekat lucah macam ni boleh kena saman. Tapi tu la, nanti ada puak yang kata ‘zalim kalau nak saman sebab pelekat’.

Sumber: Platform X

SKIP THIS AD ×