berita

Penghantar Makanan, Pelanggan Bertumbuk Di Tempat Awam Didenda RM800

November 30th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, viral sebuah video menyaksikan seorang penghantar makanan telah ditumbuk oleh pelanggannya apabila dia gagal untuk menghantar pesanan di depan rumah, sepertimana diinginkan oleh pelanggan itu. Punca tersebut dipercayai apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan rider itu masuk ke kawasan kediaman.

Artikel berkaitan: Bertumbuk Sebab Rider Tak Hantar Pesanan Depan Rumah, Bila Disiasat Ini Sebenarnya Yang Berlaku…

Terbaru, menurut laporan Sinar Harian, kedua-dua individu yang terlibat itu telah dibicarakan di mahkamah majistret selepas mengakui bersalah atas pertuduhan yang dibacakan Majistret Syahrul Sazly.

Didenda RM800

Kedua-dua individu terlibat iaitu penghantar makanan, Jasmady Jazman dan Saiful Sazni dikenakan denda sebanyak RM800 seorang apabila mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Selain itu, pihak mahkamah turut memerintahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman penjara selama tujuh hari sekiranya gagal untuk membayar denda tersebut.

Pertuduhan di baca dengan mendakwa mereka telah melakukan gempar di kawasan perumahan itu sehingga telah menganggu ketenteraman awam.

Pelanggan maki sebelum menolak

Menurut pengakuan dari penghantar makanan iaitu Jasmady, dia mendakwa mahu menghantar pesanan makanan itu kepada Saiful namun dihalang oleh pengawal keselamatan kediaman tersebut yang tidak membenarkan dia masuk kawasan itu. Lalu, Jasmady menelefon pelanggannya itu untuk turun mengambil makanan sendiri.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan permintaan itu, Saiful telah bertindak memaki dan menolak Jasmady sehingga berlakunya pergaduhan. Tambah Jasmady lagi, dia bertindak untuk mempertahankan diri, malangnya, kejadian itu telah mengakibatkan dirinya cedera dan motosikal tersebut rosak.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×