berita

Pengikut Instagram Nora Danish Cecah 1 Juta, Nedim Gelar Peminat Lembap?

August 6th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

nora-danish-5

Jika Lisa Surihani dan Datuk Siti Nurhaliza mempunyai pengikut paling ramai di laman sosial Twitter, kini impian pelakon jelita, Nora Danish untuk memiliki 1 juta pengikut di Instagram tercapai.

Melalui laman Instagram milik hot mama ini, dia turut berterima kasih kepada pengikutnya. Iyalah, tak sangka kan secepat ini followers Nora meningkat.

Namun, kami dengar ada perkara kurang enak yang berlaku antara kekasihnya, Nedim Nazri dan salah seorang pengikut Instagram Nora berkenaan perkara ini.

Screen Shot 2014-08-06 at 10.17.47 AM

Foto inilah yang jadi perbalahan antara peminat dan Nedim!

Sebagai kekasih, dah tentulah Nedim berbangga apabila impian buah hati pengarang jantungnya ini terlaksana kan? Tetapi ada juga yang mempertikaikan tindakan Nedim berkongsi foto 1 juta pengikut Nora.

Ceritanya begini, seorang peminat telah memuat naik foto yang menunjukkan followers IG Nora masih belum mencecah angka 1 juta. Malangnya, tindakan tersebut telah ditegur oleh Nedim dan menggelar peminat tersebut lembap. Eh betul ke?

Sebenanrnya, melalui komen yang diberi, Nedim mengatakan handphone milik peminat berkenaan yang lembap, bukan individu tersebut.

gaduh1juta

Tetapi, mungkin cara Nedim menegur itu salah. Iyalah, cara pemahaman dan bacaan setiap orang kan berlainan. Pada kami ada baiknya jika Nedim menggunakan ayat yang mudah dan tidak membuatkan orang salah faham. Betul tak?

Apapun, tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Nora Danish, dah ramai followers, lepas ni harap menang anugerah pula ya. Jom kita intai sikit Instagram Nora, tengok apa aktiviti si cantik ini.

SKIP THIS AD ×