berita

Pengikut Meluat Asyik Upload Makanan & Tiada Pos Bertarawih, Ini Respon Michael Ang

May 10th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Berita pengislaman pengarah terkenal Michael Ang baru-baru ini disambut baik peminat dunia hiburan tempatan. Michael menerusi satu video Youtube sebuah stesen TV berbayar mendedahkan dia sudah lebih setahun menjadi saudara baru dan memilih untuk merahsiakan perkara itu.

Michael yang menggunakan Instagram sebagai cara untuk berkongsi pandangan, resepi masakan dan review hotel mahupun makanan semalam menerima komen kurang enak yang mempersoal amal ibadahnya sebagai Muslim.

‘Apa nama baru yer..’

Seorang pengguna laman sosial itu meninggalkan komen seolah-olah mempersoal ibadah yang dilakukan pengarah itu antaranya tidak memuatnaik pos menunaikan solat tarawih. Menurut individu itu lagi, Michael banyak membuat pos berkenaan makanan berbuka dan sahur dan tidak menekankan soal agama baru pegangannya.

Tambahnya lagi, agama Islam bukan terletak pada makanan dan tindakan Michael membuat pos sebegitu membuatkan dia meluat.

Ini respon Michael

Pengarah Suri Hati Mr Pilot itu kemudiannya membalas komen terbabit dan menegaskan dia tidak perlu membuat pos seperti dinyatakan individu itu kerana soal agama adalah isu dirinya dengan Allah.

Saya memeluk agama Islam, bukan jadi ustaz. Saya tak rasa saya perlu post gambar I solat ke pergi terawih ke ataupun baca Quran atau pun berdakwah dalam ig saya. Keimanan I adalah antara I dengan Allah. Kalau post apa yang u nak I post itu nama dia takbur and hipokrit atau dalam bahasa lain fufu.

Michael juga menasihatkan pengikutnya itu untuk tidak terlalu menunjukkan ketinggian ilmu kepada orang lain kerana hanya Allah yang akan menilai agama hamba-Nya.

Walaupun I embrace Islam tak bermakna I jadi orang lain saya masih orang yang sama cuma sekarang saya dah ada nama untuk tuhan saya. Satu aje nasihat saya pada awak, tak payah nak tunjuk sangat berapa tingginya ilmu awak tentang Islam pada orang lain lagi baik awak tunjuk kepada Allah berapa taatnya awak kepada ajarannya sebab bila dah mampus nanti yang akan judge kita adalah Allah bukan orang-orang yang u nak tunjuk sangat keimanan awak. Sekian terima kasih.

Pengikut tampil pertahan

  Sumber: Michael Ang

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×