Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah menyifatkan keputusan Amira Othman berkahwin dengan pelakon, Fattah Amin yang sudah mempunyai seorang anak sebagai satu pengorbanan besar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Lupakan Hasrat Sambut ‘Birthday’ Di Sunway Lagoon Demi Mummy Watie – ‘Anak Yang Memahami Situasi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Amira Bertukar Status Dari Rakan Sekerja Kepada Rakan Serumah’ – Fattah Amin

Pengorbanan

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, meluahkan rasa kagum dengan ketelusan Amira memandangkan dia sendiri pernah melalui pengalaman serupa.

Pengorbanan yang besar buat seorang perempuan yang pertama kali berumah tangga.

Insya-Allah, Allah nampak, Allah menilai dan pandangan Allah lebih besar nikmatnya untuk pengorbanan yang dia lakukan.

Watie berkata demikian selepas Amira dan Fattah selamat diijakbulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Watie turut meluahkan rasa sayang terhadap Amira kerana sifatnya yang dilihat begitu ikhlas menyayangi suami dan anak tirinya.

Terasa sayang dengan dia dan hatinya.

Sumber: Instagram