berita

Pengurus, Keluarga Janji Pelihara Semua Kucing Arwah Adibah Noor – ‘Itu Penawar Rindu Kami’

June 20th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pengurus peribadi arwah Adibah Noor iaitu Todd Harry mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas perkongsian kasih sayang serta doa buat arwah.

Artikel berkaitan: Adibah Noor Tolak Tawaran Masuk Muzik-Muzik Pada Tarikh Pengebumian

Kami akan memelihara semua kucing arwah

Menurut Todd, seluruh ahli keluarga arwah termasuk dirinya berduka dengan pemergian tersebut. Ini kerana, Adibah merupakan insan yang sangat baik dan disayangi ramai. Bagi pihak keluarga dan sahabat handai Allahyarhamah Adibah Noor, Todd berharap kecekalan, semangat juang dan sifat pemurah yang arwah tunjukan ketika hayatnya akan terus dikenang serta menjadi tauladan dan amalan hidup semua orang.

Meskipun masa mungkin mengubat duka, namun masa tidak akan mungkin memudarkan cinta dan kerinduan kami terhadapnya. Bukan hanya sesama manusia, Diba juga sentiasa menunjukan kasih sayang yang azim terhadap makhluk makhluk ciptaan Ilahi yang lain.

Jelas Todd lagi, dia akan terus memelihara dan memanjakan kesemua kucing-kucing kesayangan arwah, seperti mana yang telah arwah lakukan selama ini.

Barangkali, di situ jualah sedikit sebanyak penawar rindu kami.

Sumber: Todd

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×